Pengumuman Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia dalam pembentangan belanjawan 2014 berkaitan Orang Kurang Upaya adalah suatu menifestasi yang menunjukkan pentingnya suara OKU yang terus bersatu mengatasi kefahaman politik dan anutan agama.

Pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini harus menunjukkan iltizam yang sepenuhnya sebagaimana janji yang diumumkan dalam belanjawan 2014 iaitu melihat pembangunan OKU berdasarkan potensi OKU dan keperluan sebenar OKU yang pelbagai katagori.

Selain sejumlah peruntukan sebanyak RM441 juta, kami dapati tiada sebarang pengumuman berkaitan langkah-langkah strategik untuk dilaksanakan bagi memacu pembangunan OKU yang menyeluruh di negara ini.

 Justeru, sebagai mewakili suara OKU, kami menggesa agar perencanaan yang akan dilaksanakan benar-benar memberi manfaat langsung kepada OKU dan ahli keluarga tanpa ada ketirisan dan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan.

Kami seru kepada pihak berwajib (dan rakyat Malaysia khususnya) agar perlu prihatin terhadap keperluan mereka dan kemudahan fasiliti dan prasana mereka lebih diutamakan.

 
Sekian terima kasih.

 

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :