Isu lambakan warga asing di negara ini bukanlah baru malah ia kian menghantui kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya apabila mereka mendominasi kawasan tertentu.

Di beberapa kawasan di Lembah Klang, warga asing yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR) sudah menjadikan ia perkampungan kecil mereka.

Rakyat Malaysia sedia maklum dan tidak menafikan kepentingan warga asing untuk melicinkan kerja-kerja di sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pembantu rumah.

Namun yang menjadi kegusaran apabila ada di kalangan mereka yang mula menjadikan kawasan tertentu sebagai perkampungan kecil hinggakan ada rakyat negara ini terasa seperti menumpang di negara sendiri.

Di kawasan perkampungan kecil itu, mereka umpama berada di negara kelahiran sendiri dan kebal dengan undang-undang apabila bebas menjalankan aktiviti seharian seperti mempunyai kedai runcit dan ketua kawasan sendiri.

Ada pula kawasan yang sudah mereka duduki bertahun-tahun lamanya. 

Ternyata lambakan warga asing meresahkan rakyat tempatan kerana secara tidak langsung ia membabitkan juga soal keselamatan.

Ikuti tinjauan dan laporan wartawan Sinar Harian di beberapa kawasan di Lembah Klang yang 'panas' dengan penempatan warga asing.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.