JANGAN disangka wanita yang lemah-lembut tidak mempunyai bakat mempertahankan diri! Walaupun Seri, Dewi dan Qistina mempunyai raut rupa paras yang cantik, tetapi itu bukanlah tanda mereka lemah dan mudah dipergunakan.

Tampil dengan elemen lasak dan romantik, drama bersiri terbaru, Dewi Lasak yang bakal menggantikan Karlos menampilkan barisan pelakon popular seperti Intan Ladyana (Seri), Bella Dally (Dewi), Atikah Suhaime (Qistina), Azwan Kombos (Faiz),
Bil Azali (Izani Badarudin), Niezam Zaidi (Akil Rahmad), Amran Ismail (Joshua Azmi), Lokman Ghani (Jiman), Along Ezendy (Tony) dan ramai lagi bermula 26 Jun ini, setiap hari Rabu jam 9 malam menerusi slot Aksi.

Drama bersiri 13 episod terbitan MIG Production ini diarahkan oleh Pierre Andre dengan nukilan skrip oleh Panel MIG. Dewi Lasak mengisahkan tentang tiga adik-beradik iaitu Seri, Dewi dan Qistina yang dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Jiman. Meskipun tiga beradik ini dibesarkan bersama-sama namun personaliti mereka amat berbeza sehingga konflik mula menghantui mereka!

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Dewi Lasak menerusi slot waktu terbaru Aksi, setiap hari Rabu jam 9 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan Dewi Lasak boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.