• Ashaari bakal jadi igaun buruk Kelantan jika pergerakannya tidak dirantai Ashaari bakal jadi igaun buruk Kelantan jika pergerakannya tidak dirantai
  • Mampukah magis Piya menjelma malam ini Mampukah magis Piya menjelma malam ini
1 /

DOMINASI Pantai Timur, itulah situasi kelompok empat terbaik Piala FA 2013 dan aksi pusingan pertama malam ini pastinya mendebarkan.

Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) pastinya mahu meneruskan kemaraan di pentas akhir.

Bagi The Red Warrios (TRW) bebanan selaku penyandang juara pastinya sukar, begitu juga Terengganu yang sememangnya sinonim dengan pentas akhir tapi tekanan tidak seteruk Kelantan.

Pahang yang menjulang Piala FA kali terakhir pada 2006 dan Johor (1998) pastinya mengharapkan tuan 2013 bersama mereka untuk diraikan bersama penyokong setia.

JIRAN

Kelantan yang bakal menerima kunjungan Terengganu malam ini pastinya mahu memastikan langkah ke pentas akhir tidak disekat oleh pasukan jiran tetangga mereka sendiri.

Kembalinya penyerang import, Dickson Nwakaeme bersama rakan sepasukan selepas pulih dari kecederaan pastinya mengembirakan penyokong setia Pahlawan Merah.

Indra Putra Mahyudin yang konsisten setiap kali beraksi, Nor Farhan, Faiz Subri dan Zairo Anuar semakin menemui sentuhan sudah pasti bakal memberi igaun ngeri buat penyokong Terengganu
seandainya mereka mampu beraksi cemerlang, malam ini.

PULIH

Bagi Terengganu pula ketiadaan penyerang import Effa Owana yang mengalami kecederaan patah tangan ketika aksi Liga Super menentang Felda United memberi sedikit tamparan buat juara Piala FA 2011.

Namun kelibat Ashaari Samsudin dan Abdul Manaf tidak boleh dinafikan selain kepakaran dimiliki jurulatihnya, E Elavarasan yang dilihat berjaya mengembalikan keyakinan pengurusan serta peminat berbanding persembahan diawal musim.

YAKIN

Kemenangan 2-0 menewaskan Kelantan, Rabu lalu pastinya memberi keyakinan buat anak didik Fandi Ahmad yang melayan kunjungan Pahang dalam aksi pertama di Stadium Larkin, malam ini.

Sorakan Larkin pastinya bergema dengan lautan biru, selain kelicikan gerakan penyudah, Norshahrul Idlan Talaha bersama Safee Sali pastinya mengentarkan penyokong Tok Gajah.

Bintang import, Leonel Nunez walaupun kurang menonjol dalam pertemuan sebelum ini, namun dua jaringan penyamaan ketika membantu JDT bagkit menewaskan Selangor seharusnya diingat barisan pemain Dollah Salleh.

KEMBALI

Mengutip tiga mata membenam Negeri Sembilan 2-0, Rabu lalu dianggap tonik buat Tok Gajah selain berita gembira apabila Matias Conti kian pulih dari kecederaan.

Namun buat penyerang tempatan Kojie, aksinya dilihat merosot dan sering kehilangan bola serta gagal membaca hantaran dari rakan sepasukan. Ini perlu segera diatasnya kerana Conti pastinya dirantai benteng Harimau Selatan.

DISPLIN

Berada dalam kelompok empat terbaik pastinya tekanan dirasai samada pemain dan peminat namun satu yang perlu ditanamkan ialah displin didalam dan luar luar padang.

Jangan kerana terlalu ingin kemenangan sehinggakan nilai-nilai murni dan semangat kesukanan diketepikan... Ingat Sukan Untuk Semua...