Nik Aziz nafi Husam letak jawatan parti
![]() Beliau berkata, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan merupakan seorang pemimpin yang pintar dan berpandangan jauh serta banyak membantu rakyat di negeri ini. Mursyidul Am Pas itu menyifatkan tindakan sebuah akhbar arus perdana yang menyiarkan laporan itu, semalam, sebagai usaha untuk memecahbelahkan Pas dan melariskan jualan akhbar berkenaan. “Saya baca sebuah akhbar dan berasa terlalu amat terkejut dengan laporan yang dibuat, tajuknya Husam :letak jawatan, walaupun ada tanda soal. “Ia dibuat semata untuk laris jualan surat khabar, tak kira hati orang luka satu perkara dukacita dalam masyarakat kita. Saya tak sebut tiba-tiba keluar muka depan, menggores hati orang yang sakit,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, semalam. Laporan itu yang memetik beberapa sumber menyatakan bahawa, Nik Abdul Aziz bagaimanapun tidak setuju dengan hasrat Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan itu sebaliknya memberi cuti selama lima hari kepada untuk berehat dan menenangkan fikiran. Sebelum ini, Husam dipetik dalam sebuah portal berita menyatakan bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan melaga-lagakannya dengan mentornya, Nik Abdul Aziz. Nik Abdul Aziz berkata, jika benar sekali pun Husam melahirkan hasrat untuk meletakkan jawatan, beliau sama sekali tidak akan membenarkan perkara itu berlaku. “Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tapi untuk Malaysia, budak yang cerdik, pengalaman banyak pemikiran jauh ke depan. Rakyat Kelantan banyak terima buah fikiran yang baik daripada Husam termasuk ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah, yang memberi kebaikan kepada yang hidup dan orang kurang upaya,” katanya. Mengulas pertemuan empat mata dengan Husam dan pemberian cuti selama lima hari, Nik Abdul Aziz berkata: "Husam datang ke pejabat saya pada hari Selasa beri tahu bahawa doktor nasihat masuk hospital lima hari kerana tulang belakang ada masalah...masalah hendak berundur tidak ada langsung dalam kepala dia atau kepala saya.” Sementara itu, mengulas mengenai isu tersebut, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan krisis yang berlaku kini menunjukkan bahawa Pas Kelantan tidak pernah sunyi daripada isu perpecahan. - Dapatkan Sinar Harian hari ini untuk mengikuti reaksi daripada Datuk Husam Musa. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun









