Anwar Penasihat Ekonomi Selangor
![]() Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelantikan bekas Timbalan Perdana Menteri itu bertujuan memperkasakan dan memantapkan agenda pembangunan serta memacu pertumbuhan ekonomi negeri itu. Menurutnya, bayaran gaji serendah RM1 sebulan tersebut hanya sebagai simbolik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau sanggup bekerja dengan bayaran semurah itu tanpa mementingkan nilai wang ringgit. “Pelantikan itu dibuat memandangkan Anwar pernah menjadi penasihat ekonomi dalam sebuah syarikat perbankan Islam terkemuka di dunia dan beberapa lagi syarikat terkemuka lain. “Anwar juga telah bersetuju dengan pelantikan itu dan Kerajaan Negeri akan membuat surat perlantikan beliau selepas Mesyuarat Mingguan Exco, Rabu ini,” katanya pada sidang akhbar di Lobi Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, semalam. Abdul Khalid bagaimanapun menegaskan, pelantikan Anwar bukan dibuat atas dasar kepentingan politik semata-mata, sebaliknya kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang ekonomi perlu dikongsi bersama Kerajaan Negeri. “Nasihat Anwar amat diperlukan dalam mengurus tadbir beberapa projek pembangunan termasuk memulihara Sungai Klang yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri. “Kita harap perlantikan ini, segala usaha Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) akan dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya. Dalam pada itu, Anwar dilihat berperanan untuk mempromosi Selangor ini sebagai 'Islamic Hub' di rantau ini. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun









