Sultan tegas isu tauliah ceramah
![]() Katanya, pertemuan yang diadakan pada jam 5 petang itu membincangkan beberapa perkara berkaitan agama termasuklah isu ceramah tanpa tauliah. “Dalam perjumpaan itu, Tuanku Sultan menitahkan pihak berkenaan (Jais) supaya memastikan sesiapa yang ingin mengajar, mendakwah atau memberi khutbah di masjid atau surau di Selangor perlu mempunyai tauliah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin amat menitikberatkan isu berkaitan isu ceramah tanpa tauliah. “Baginda amat menitikberatkan fasal tauliah kerana ia (tauliah) adalah satu instrumen untuk memastikan setiap ceramah, khutbah serta kuliah agama yang diberikan selaras dengan tuntutan agama Islam. “Malah, perkara itu perlu (tauliah) bagi mengelakkan ia terpesong, serta tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak,” katanya. Dalam pada itu katanya, baginda Sultan turut mengambil berat tentang perpaduan rakyat terutamanya umat Islam di negeri ini. “Baginda turut bertitah supaya orang Islam perlu bersatu padu dan tidak berpecah belah serta perlu menjaga keharmonian di negeri ini dan mengingatkan supaya semua masjid di negeri itu tidak boleh dijadikan gelanggang politik yang boleh menyakitkan dan memecahbelahkan perpaduan ummah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta Jais menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan beberapa perkara yang melibatkan ceramah tanpa tauliah. Abdul Khalid telah mengadakan pertemuan di antara beliau dan Exco Kerajaan Negeri dengan Pengarah Jais, Datuk Khusrin Munawi kelmarin turut membincangkan mengenai penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun









