| PKR dakwa BN
guna taktik kotor
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) didakwa menggunakan taktik kotor untuk kembali memerintah di negeri yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan ‘memancing’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR). Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub berkata, antara strategi yang digunakan ialah menyalurkan peruntukan kepada bekas pemimpin PR yang menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong (BN). Menurutnya, strategi itu digunakan terhadap ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytihar dirinya wakil rakyat Bebas yang menyokong BN berkuat kuasa serta merta, kelmarin. “Itu baru strategi awal, banyak lagi strategi yang dirangka oleh BN. Dalam situasi Badrul ini, BN bermurah hati beri bantuan. Selepas itu berusaha memerangkap Badrul masuk BN. Bila terperangkap, mereka akan ambil satu demi satu kerusi PR," katanya. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa BN bersedia memberikan bantuan atas sokongan beliau (Badrul) kepada BN bagi membangunkan secara bersama-sama kawasan yang diwakili Badrul. Menurut Mustaffa Kamil, situasi yang sama tutut berlaku terhadap tiga ADUN di Perak iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) yang menjadi wakil rakyat Bebas dan beri sokongan kepada BN. Katanya, PKR akan tetap berjalan seperti biasa kerana keputusan Badrul keluar parti bukanlah perkara mengejutkan. Sementara itu Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan berkenaan berkata, BN tidak pernah menggunakan taktik kotor sebaliknya mereka berbuat demikian kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti. “Mereka sendiri yang menyokong, bukan paksaan atau ‘taktik kotor’ BN. Kita sentiasa mengalu-alukan sokongan mereka itu yang menyedari bahawa BN banyak berjasa dalam pelbagai bidang,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun








