Mesyuarat Khas diharap mampu selesai isu parti: Nik Aziz
![]() Sambil menyifatkan perubahan dari EGM kepada Mesyuarat Khas itu sengaja dilakukannya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, sama ada EGM ataupun Mesyuarat Khas Pas, ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti. “Saya akan komen lepas mesyuarat. Saya sudah bagi tahu pada dia (Salahuddin) dan benda ni berlaku pada Islam. Dalam Islam peringkat pertama ziarah kubur ini haram, tetapi Nabi kita ubah, ubah tajuk tidak apa, sengaja buat begitu,” katanya ketika ditemui di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden, Salahuddin Ayub semalam yang menjelaskan bahawa Pas tidak akan mengadakan EGM sebaliknya hanya mengadakan Mesyuarat Khas Pas Pusat bagi membincangkan isu parti. Salahuddin dilaporkan berkata, saranan mengadakan EGM tidak lagi berbangkit memandangkan Nik Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada Mesyuarat Khas semasa mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz baru-baru ini. Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dalam akhbar ini semalam yang mendakwa beliau adalah 'Tok Guru akhir zaman yang menentang penyatuan umat Islam', Nik Abdul Aziz berkata, Syed Ali harus menyedari siapa yang sebenarnya mengamalkan sifat negatif tersebut. "Saya nak kirim salam kepada dia, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini kerana berpunca dari golongan Syed. Semua bapa saudara Nabi adalah Syed. Ini kepala yang melawan Nabi, “Jangan kata kepada saya yang membawa perpecahan. Sekarang ni, orang Arab juga pengkhianat termasuk baka Syed, biar dia faham,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun









