KEUNGGULAN UiTM Shah Alam selaku kuasa bola sepak di peringkat universiti diabadikan sekali lagi menerusi kejuaraan Liga Institusi Pengajian Tinggi (Liga IPT) hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas pencabar terdekat, Universiti Malaya (UM) minggu lalu.
PERSATUAN Bola Sepak Korea Selatan (KFA) memilih ketua pasukan kebangsaan, Park Chu-young mengetuai skuad bola sepak negara itu pada temasya Olimpik London yang bermula Julai ini.
JUARA Bundesliga, Borrusia Dortmund mengungguli Piala Jerman selepas mengalahkan finalis Liga Juara-Juara musim ini, Bayern Munich, 5-2 pada perlawanan berat sebelah di Stadium Olimpik Berlin, awal pagi semalam.
BORRUSSIA Dortmund mengalahkan finalis Liga Juara-Juara, Bayern Munich 5-2 pada perlawanan akhir Piala Jerman di Stadium Olimpik Berlin, awal pagi semalam.
BERATUS-RATUS penyokong bola sepak pasukan Fenerbahce bertindak masuk ke padang di Istanbul dan bertempur dengan polis Turki selepas kelab itu gagal menjulang juara Liga Super Turki 2012, semalam.
JURULATIH Atletico Madrid, Diego Simeone melahirkan rasa kegembiraan setelah berjaya membimbing pasukannya muncul juara Liga Europa - mempertahankan gelaran untuk kali kedua dalam tempoh dua tahun.
TIADA apa yang dibanggakan Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak sebaik sahaja pasukan kendaliannya menamatkan kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012 dengan menjuarai kumpulan H, semalam.
KELANTAN mara ke pusingan kedua Piala AFC setelah berjaya menundukkan Ayeyawady United dari Myanmar 1-0 pada perlawanan terakhir kumpulan H di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.
PUTRAJAYA - Kejohanan Bolasepak Eropah atau lebih dikenali UEFA EURO untuk tahun ini akan membuka tirai pada 8 Jun di Warsaw, ibu kota Poland di mana tuan rumah akan menentang juara 2004, Greece.
KUALA TERENGGANU - Terengganu akan turun menentang Kitchee Hong Kong dalam perlawanan akhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Hong Kong 9 Mei ini tanpa penyerang berbisanya.
MESKIPUN sebelum ini Diego Maradona sudah bersiap sedia untuk meninggalkan kelab Dubai, Al Wasl, namun lagenda bola sepak Argentina itu membatalkan hasrat tersebut kerana menghormati perjanjian kontrak dua tahun yang ditandatanganinya.
MENCATAT dua kekalahan dengan satu seri dalam tiga perlawanan lalu, kedudukan Juventus sebagai pendahulu Serie A makin terancam apabila pesaing terdekat, AC Milan hanya berbeza satu mata dengan mencatat tiga kemenangan berturut-turut.
KERAJAAN Ukraine menyifatkan perbuatan memboikot kesemua perlawanan bola sepak Euro 2012 yang berlangsung Jun depan merupakan tindakan kurang bijak dan hanya akan menjejaskan imej negara.
NASIB malang terus menghambat pasukan Terengganu apabila mereka bukan sahaja gagal mara ke final Piala FA selepas tewas di tangan Sime Darby 2, malah kini mereka turut ‘kehilangan’ pengendali, Mat Zan Mat Aris yang direhatkan seketika, berkuat kuasa semalam sehingga 15 Mei ini.
SEPERTI diramalkan, pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke suku akhir GP Emas Terbuka Malaysia selepas dengan mudah menundukkan pemain India, Sai Praneeth B pada pusingan ketiga di Stadium Bandaraya Johor Bharu, malam tadi.
REAL Madrid menamatkan kemarau empat tahun apabila muncul juara Liga Sepanyol selepas menewaskan Athletic Bilbao di Stadium Estadio San Mames dalam perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia).
KUALA TERENGGANU – Perjuangan hidup mati pasukan Terengganu hanya tinggal selangkah lagi untuk mara ke final bagi mempertahankan gelaran juara Piala FA musim lalu.
ALOR SETAR - Kelebihan berjaya mengikat Naib Juara Piala FA tahun lepas, Kelantan 1-1 pada pertemuan pertama separuh akhir Piala FA di Kota Bharu sebelum ini diharap bakal memberi kelebihan kepada skuad Kedah untuk meningkatkan tekanan ke atas pasukan The Red Warriors malam ini.
KOTA KINABALU – Laluan Kelantan untuk memburu tempat ke suku akhir semakin berliku setelah tewas 0-1 kepada Sabah dalam aksi perlawanan Liga Piala Presiden yang berlangsung di Stadium Likas, petang semalam.
KUALA TERENGGANU - Khidmat dua penyerang skuad Terengganu Abdul Hadi Yahaya dan Francais Forkey Doe serta dua pemain tengah Joseph Kalang Tie dan Ashaari Samsuddin ditagih bagi meraih kemenangan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Sime Darby malam esok.
PENGENDALI Barcelona, Pep Guardiola menafikan spekulasi dirinya membuat sebarang perbincangan dengan Chelsea sambil menegaskan ‘kurang sopan’ jika dia berbuat demikian kerana masih terikat dengan majikannya hingga hujung musim ini.
KEGAGALAN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengawal penyokong ketika perlawanan Liga Super menentang Kelantan, 7 April lalu menyebabkan mereka didenda RM46,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
KETUA jurulatih bola sepak negara Datuk K. Rajagobal menagih aksi terbaik daripada pemain yang bakal membarisi kesebelasan utama negara dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam malam ini.
HASRAT Jose Mourinho menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama tiga kelab berbeza musnah apabila Real Madrid tunduk kepada Bayern Munich pada perlawanan separuh akhir kedua di Santiago Bernabeu, awal pagi semalam.
KEMENANGAN besar Terengganu ketika menundukkan wakil Vietnam, Song Lam Nghe An 6-2 dalam aksi Kumpulan F, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kelmarin, berjaya mengunci mulut pengkritik yang membidas aksi hambar Penyu dalam saingan domestik.
PENGENDALI Inter Milan, Andrea Stramaccioni berkata, pasukannya berpeluang merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan susulan kemenangan terbaru ke atas Udinese, 3-1 kelmarin.
ATLETICO Madrid mara ke perlawanan akhir Liga Europa - yang dikuasai pasukan Sepanyol, dan akan bertemu dengan Athletic Bilbao selepas menewaskan Valencia.
KUALA TERENGGANU - Ketua jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris yakin Terengganu layak ke pusingan akhir Piala FA untuk mempertahankan kejuaraan bagi dua tahun berturut-turut.
BAYERN Munich mara ke perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-juara bulan depan selepas mengatasi Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir kedua yang ditentukan menerusi tendangan penalti, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
BAYERN Munich akan bertemu dengan Chelsea dalam perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-juara diAllianz Arena bulan depan selepas mengetepikan Real Madrid dalam perlawanan pusingan kedua separuh akhir yang dramatik, yang ditentukan menerusi tendangan penalti.
DUA penyokong Ultras Genoa, Marco Cobretti dan Fabrizio Fileni dihalang memasuki stadium seluruh Itali selama lima tahun selepas didapati bersalah membakar flare dan didakwa menceroboh masuk dalam terowong kawasan pemain, Ahad lalu.
KUALA TERENGGANU - Tiga tonggak utama pasukan Terengganu mungkin tidak dapat beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang pasukan Song Lam Nghe An dari Vietnam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam esok. Mereka ialah penyerang Abdul Manaf Mamat, Abdul Syukor Jusoh dan kapten pasukan Sharbinee Allawee yang mengalami kecederaan ketika menentang Sime Darby dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA Sabtu lalu.
PENGENDALI sementara Chelsea, Roberto Di Matteo berjanji pasukannya akan memberi peningkatan yang positif menjelang pertemuan dengan Barcelona dalam persaingan separuh akhir kedua Liga Juara-juara, Rabu ini.
KELANTAN menjanjikan tentangan sengit apabila turun bertemu wakil Vietnam, Navibank Saigon dalam perlawanan kelima peringkat kumpulan H kempen Piala Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Thong Nhat, di sini petang ini.
SHAH ALAM Pasukan Liverpool Masters memenangi Piala Malaysia Masters 2012 setelah menumpaskan Manchester United (MU) Masters dengan gol penalti, 5-4 hari ini. Liverpool terpaksa menentang MU dengan hebat bila mata jaringan seri 4-4 pada pusingan akhir.
CRISTIANO Ronaldo menjadi wira Real Madrid apabila menjaringkan gol kemenangan mengatasi pesaing terdekatnya, Barcelona pagi tadi (waktu Malaysia) untuk memperkukuhkan kedudukan bagi merampas juara La Liga pertama sejak 2008.
DUA pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan terpaksa menggalas tugas berat untuk melangkah ke final Piala FA apabila gagal memiliki kelebihan gol selepas saingan separuh akhir pertama malam ini.
KELANTAN dan Kedah terikat 1-1 pada pusingan pertama separuh akhir persaingan Piala FA, yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, berakhir manakala Sime Darby pula mengatasi Terengganu 2-1.
PENGENDALI sementara Chelsea, Roberto Di Matteo memberitahu laluan The Blues ke final Liga Juara-Juara masih samar meskipun menundukkan Barcelona 1-0 pada separuh akhir pertama di Stamford Bridge, awal pagi semalam.
JURULATIH Real Madrid, Jose Mourinho yakin peluang kelab itu untuk mara ke peringkat akhir Liga Juara-juara masih cerah walaupun ia tewas mengejut di tangan Bayern Munich 2-1, semalam.
BINTANG Bayern Munich, Franck Ribery mengingatkan rakan sepasukan supaya jangan bermimpi di siang hari walaupun mereka menewaskan Real Madrid 2-1, pada saingan Liga Juara-Juara di Allianz Arena, awal pagi semalam.
CHELSEA mendahului persaingan peringkat separuh akhir kejohanan Liga Juara-juara dengan mengatasi Barcelona 1-0 menerusi jaringan Didier Drogba pada pusingan pertama yang berlangsung di Stamford Bridge, London.
JARINGAN Mario Gomez pada minit-minit terakhir dalam perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia) membolehkan Bayern Munich memperoleh kemenangan dramatik, sekali gus mencerahkan peluang kelab itu untuk melangkah ke peringkat akhir Liga Juara-juara, bulan depan.
ROM - Pemain tengah kelab Livorno, Itali, Piermario Morosini meninggal dunia di hospital selepas rebah di padang, dipercayai akibat serangan jantung, ketika perlawanan Serie B di Pescara, hari ini - insiden kedua melibatkan pemain bola sepak.
LIONEL Messi terus tidak menghampakan apabila sekali lagi muncul sebagai hero Barcelona untuk membantu kelab itu menang selesa 4-0 ke atas Getafe dalam persaingan La Liga, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
LIONEL Messi muncul pemain pertama dalam 40 tahun menjaringkan 60 gol dalam satu musim kejohanan-kejohanan penting benua Eropah susulan membantu Barcelona menewaskan Zaragoza, yang bermain dengan 10 orang, 4-1.
FRANK Lampard percaya Chelsea mampu mencipta kemenangan ke atas Barcelona dalam pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkir Benfica dengan agregat 3-1.
JOHN Terry menyatakan kegembiraan dengan perubahan yang dilakukan oleh Roberto Di Matteo sejak beliau mengambil alih jawatan Andre Villas-Boas sebagai pengurus Chelsea.
SHAH ALAM - Hukuman gantung dua setengah tahun yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas Tan Sri Annuar Musa kelmarin nyata tidak melunturkan semangat timbalan presiden itu untuk terus aktif memajukan sukan bola sepak.
MEMPERTIKAIKAN sepakan penalti kedua diberikan pengadil, Bjorn Kuipers kepada Barcelona pada separuh masa pertama dalam pertemuan timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Camp Nou semalam, Clarence Seedorf menyifatkan Kuipers melakukan kesilapan.
PENYERANG Marseille, Loic Remy mengakui tuah tidak menyebelahi pasukannya selepas mereka tidak berjaya menebus kekecewaan tewas 0-2 dengan Bayern Munich dalam saingan kedua suku akhir Liga Juara- Juara.
PENGENDALI Barcelona, Pep Guardiola teguh mempertahankan dua penalti yang diberikan kepada pasukannya dalam pertemuan dengan AC Milan di laman sendiri sekali gus menyaksikan mereka menang 3-1.
MEMPERTIKAIKAN sepakan penalti kedua diberikan pengadil, Bjorn Kuipers kepada Barcelona pada separuh masa pertama dalam pertemuan timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Camp Nou semalam, Clarence Seedorf menyifatkan Kuipers melakukan kesilapan.
KETUA Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan kemenangan 3-0 Kelantan ke atas pasukan Indonesia, Arema FC pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan H Piala AFC malam ini sebagai hadiah bermakna buat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.
HATRIK Mohammed Ghaddar menghidupkan peluang The Red Warriors untuk terus bersaing pada saingan Kumpulan H, Piala AFC apabila menewaskan Arema 3-0 di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, malam ini.
JUARA Piala FA 2011, Terengganu menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya setelah mencatat kemenangan ke atas lawan pada peringkat kumpulan saingan Piala AFC malam tadi.
KEHADIRAN Didier Drogba, David Luiz dan Raul Meireles pada sesi latihan semalam nyata menyuntik semangat Chelsea menjelang pertemuan menentang Benfica dalam persaingan suku akhir kedua Liga Juara-juara, awal pagi esok (waktu Malaysia).
Neymar JARINGAN hatrik Neymar ketika membelasah Guaratingueta 5-0 membolehkan dia memintas Robinho dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Santos.
PENGARAH badan induk bola sepak Eropah (Uefa), Giorgio Marchetti menegaskan kelab Barcelona tiada sebarang sebab untuk membuat aduan mengenai padang San Siro di Milan.
PENJAGA gawang Chelsea, Petr Cech memuji corak permainan pasukan dan menyifatkan antara terbaik musim ini selepas mengalahkan Benfica 1-0, dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.
HANTARAN lintang Fernando Torres yang sampai tepat ke arah Salomon Kalou telah memastikan penyerang Ivory Coast itu membantu Chelsea meraih satu gol berharga di tempat lawan, saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi, semalam.
TUMBANG 3-0 kepada Real Madrid membuatkan bos APOEL, Ivan Jovanovic mengaku kalah meskipun jauh di sudut hati kecilnya mahu pasukan bimbingan melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara.
TIGA pemain Real Madrid termasuk Jose Mourinho serta pembantunya, Rui Faria dilayangkan kad merah ketika Los Blancos mencatat keputusan seri 1-1 menentang Villarreal, pagi semalam.
LEDAKAN hatrik, Lionel Messi ketika membantu Barcelona mengatasi Granada 5-3 pada aksi La Liga awal pagi semalam, membolehkan pemain antarabangsa Argentina itu muncul sebagai penjaring terbanyak kelab dengan 234 gol.
BEKAS bintang bola sepak, Ronaldo, yang juga anggota jawatankuasa penganjuran Piala Dunia 2014 berminat untuk menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF).
KUALA TERENGGANU -- Jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris mengakui kelemahan barisan pertahanan dan ketumpulan jentera serangan menyebabkan pasukannya tewas 0-2 kepada Kitchee FC dalam saingan kedua Piala
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah petang tadi.
KUALA TERENGGANU -- Skuad Terengganu dirundung duka apabila dimalukan 0-2 di hadapan penyokong sendiri kepada pasukan kelab dari Hong Kong, Kitchee FC pada perlawanan kedua Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah petang tadi.
JURGEN Klinsmann menolak untuk membimbing Tottenham Hotspurs sekiranya, Harry Redknapp bersetuju mengisi kekosongan ditinggalkan Fabio Capello selaku pengurus skuad kebangsaan England.
PRESIDEN Inter Milan, Massimo Moratti dilaporkan berang selepas menyaksikan pasukannya sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Atalanta di San Siro pada pertemuan Serie A, awal pagi semalam.
KUALA TERENGGANU -- Pasukan kelab Ktchee FC dari Hong Kong tidak akan mengambil mudah apabila bertemu Terengganu dalam perlawanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini petang esok.
KEADAAN pemain Bolton, Fabrice Muamba, yang rebah ketika perlawanan suku akhir kejohanan Piala FA kelmarin, masih kritikal dan akan terus berada di unit rawatan rapi sehingga lewat petang ini (waktu Malaysia).
CHELSEA akan berhadapan dengan cabaran Benfica di peringkat suku akhir Liga Juara-juara, dengan pusingan pertama akan berlangsung di tempat lawan akhir bulan ini.
“KEMENANGAN ini membuktikan kepada semua orang bahawa kami bersatu sebagai satu unit. Itu reaksi Kapten Chelsea, John Terry apabila The Blues menjadi pasukan tunggal England mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas menumbangkan Napoli pada pusingan kedua 16 pasukan terakhir di Stamford Bridge, awal pagi semalam.
PENGURUS sementara Chelsea, Robert di Matteo memuji aksi luar biasa pemainnya menewaskan Napoli di Stadium Stamford Bridge dalam persaingan Liga Juara-juara.
KELANTAN kini dapat menarik nafas lega apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perlawanan Kelantan menentang Arema Indonesia pada 4 April depan, akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
MARSEILLE yang kini menduduki tangga kelapan Ligue 1 boleh berbangga dengan pencapaian di peringkat Eropah, apabila menempah slot suku akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan Inter Milan pada pusingan kedua 16 pasukan terakhir di San Siro, awal pagi semalam.