MENETAPKAN persekitaran positif dan membantu keperluan rakyat untuk hidup dengan lebih baik adalah apa yang ingin dicapai oleh Samsung dalam memberikan kembali kepada masyarakat.

Prihatin kawasan kurang bernasib baik memerlukan air bersih, ruang awam yang selesa, pendidikan dan sokongan, Samsung komited untuk menyediakan penyelesaian dengan program tanggungjawab sosial korporat Cinta & Penjagaan tahunannya.

Diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-80 Samsung tahun ini, seramai 80 pekerja Samsung meluangkan masa melawat komuniti di Kampung Ulu Tual, sebuah kampung orang asli di Kuala Lipis, Pahang.

Pada program sehari, sukarelawan berinteraksi dengan orang kampung, menyediakan sesi pendidikan asas dan mengedarkan keperluan asas.

Memulakan program di situ sejak 2015, kali ini Samsung ingin memupuk semangat menghargai persekitaran di sekeliling mereka. Oleh itu, satu aktiviti menanam 80 pokok dengan anak-anak kampung di Kampung Ulu Tual diadakan.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Yoonsoo Kim berkata, pihaknya berbesar hati dapat kembali ke Kampung Ulu Tual untuk tahun ke-4 berturut-turut, meneruskan program Cinta & Penjagaan Samsung.

"Sebelum ini, kami telah menyediakan keperluan hidup asas buat mereka untuk menjalani kehidupan lebih baik. Untuk meraikan Ulang Tahun ke-80 Samsung tahun ini, kami memutuskan mengambil pendekatan berbeza dengan memperluaskan kasih sayang dan menjaga alam sekitar juga.

"Kami berharap melalui cara ini, dapat memberi inspirasi kepada mereka terus memelihara dan melindungi alam. Saya bangga dengan semua sukarelawan Samsung yang menunjukkan komimen kerja sukarelawan dan kami menantikan lebih banyak inisiatif pada masa akan datang," katanya.

Pasukan sukarelawan Samsung menggunakan televisyen Samsung dan Smart TV, bagi merangsang sikap pembelajaran positif, selain usaha berterusan Samsung untuk meningkatkan kadar celik huruf kalangan penduduk Kampung Ulu Tual, terutamanya kanak-kanak kecil.

Samsung mendermakan 100 unit lampu LED solar tambahan pada tahun ini, supaya penduduk kampung mempunyai lampu yang mencukupi terutama pada waktu malam; untuk membantu mereka dalam aktiviti, kerja dan pelajaran mereka.