JCI juga menganjurkan empat persidangan serantau setiap tahun di Afrika dan Timur Tengah, Asia dan Pasifik, Amerika dan Eropah. Pada persidangan ini, JCI menjalankan urusannya, menganjurkan latihan, dan memberi ahli peluang untuk menangani isu global dan menunjukkan komitmen mereka untuk menjadi pemimpin bertanggungjawab sosial.

Setiap tahun, ahli dari seluruh dunia berkumpul di Kongres Dunia JCI.

JCI mempunyai perjanjian kerjasama dengan United Global Compact; Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (Unesco); Yayasan PBB; MDG PBB; Pertubuhan Kesihatan Pan American; Persidangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (CONGO); Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC); Dunia Saya; AIESEC International dan lain-lain

JCI juga NGO antarabangsa aktif dalam sistem Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dalam konteks ini, JCI mempunyai hubungan dengan Pejabat Setiausaha Agung PBB (Sekretariat) dan Status Perundingan dengan Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC).

Pergerakan JCI bermula pada 13 Oktober 1915 oleh seorang warganegara aktif, Henry Giessenbier, yang mempunyai semangat melakukan perubahan positif. Sejak itu, berjuta-juta rakyat golongan muda  aktif telah bersatu mewujudkan impak mampan dalam komuniti mereka.

"Visi JCI adalah menjadi rangkaian global warga muda yang aktif," katanya.

"JCI adalah organisasi bukan keuntungan berdedikasi mewujudkan perubahan positif dalam komuniti. Melalui projek di lebih 5,000 komuniti di lebih 100 negara, ahli mencari penyelesaian yang disasarkan kepada masalah tempatan dan mewujudkan impak global.

Menurutnya, JCI adalah organisasi untuk golongan berusia 18 hingga 40 tahun, yang dimulakan di Amerika Syarikat pada tahun 1915. JCI Malaysia juga merupakan badan gabungan kepada Majlis Belia Malaysia.

Berkongsi maklumat ringkas sejarah dan penubuhan JCI di Malaysia, Nurul-Huda memberitahu ia bermula sejak lebih 60 tahun lalu, dan kini mempunyai 68 organisasi tempatan di Malaysia.

60 tahun lalu

"JCIM juga turut menganjurkan tiga anugerah awam setiap tahun iaitu JCI TOYM, JCI Creative Young Entrepreneur Award (JCI CYEA) Award, dan JCIM Sustainable Development Award (JCIM SDA)," katanya.

Menurutnya, tiga sidang kemuncak pada tahun ini adalah “Leadership Summit” di Kuala Lumpur, “National Partnership Summit” bertempat di empat lokasi di Malaysia (Pulau Pinang, Muar, Sibu dan Lahad Datu), dan Business Summit di Sibu sempena “Borneo Cultural Festival”.  

Dalam pada itu, Kelvin turut berkongsi mengenai Program JCIM untuk tahun 2018.

Delegasi dari JCIM diketuai oleh Presiden Kebangsaan 2018 JCIM, JCI Senator Kelvin Chew dan turut disertai Presiden Kebangsaan 2017 JCIM, JCI Senator Nurul-Huda Mohamed Afandi; Timbalan Presiden JCIM, Sean Lim; Naib Presiden Eksekutif JCIM, Liew Wui Woon dan Pengerusi Penganjur JCI TOYM Award 2018, JCI Senator Nicholas Koay.

Dalam pertemuan itu, Ahli Lembaga Pengarah JCI Malaysia (JCIM) berkongsi pelan programnya bagi tahun 2018 serta peluang bekerjasama dengan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika kunjungan Ahli Lembaga Pengarah JCI Malaysia (JCIM) ke Sinar Harian, di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini.

"Kita harap program ini dapat mencapai misi JCI memberi peluang pembangunan memperkasakan golongan muda untuk wujudkan perubahan positif," katanya.

Menurutnya, manakala untuk anugerah JCI Ten Outstanding Young Persons Award, salah seorang penerimanya ialah Tan Sri Michelle Yeoh.

Pengerusi Penganjur JCI TOYM 2018, Nicholas Koay mengulas mengenai anugerah JCI TOYM berkata, pada anugerah itu JCI turut memperkenalkan beberapa bekas pemenang di peringkat Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Pandalela Renong.

Lebih banyak maklumat tentang program-program JCI Malaysia boleh didapati di www.jcimalaysia.cc. Laman web JCI: http://www.jci.cc