DIA mula terlibat sebagai sukarelawan membuat kerja kebajikan bermula semasa musibah banjir besar hampir menenggelamkan sebahagian daerah di negeri pantai timur pada 2014.

Idea untuk menjalankan ‘tugas’ itu timbul ikhlas dari hatinya kerana berasa sedih setelah menyaksikan bencana tersebut apalagi melihat mereka yang menjadi mangsa banjir besar ketika itu dalam keadaan amat mendukacitakan.

Sedangkan rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti liputan meluas bencana terbabit di dada-dada akhbar, media sosial dan di kaca televisyen hiba dengan musibah melanda, apalagi rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu sendiri menyaksikan tragedi dan kesannya di depan mata.

Bukan setakat banjir melanda sehingga kediaman rumah penduduk dinaiki air, malahan lebih menyayat hati terdapat banyak rumah dihanyutkan arus besar ketika itu, sekali gus menimbulkan keinsafan dan meruntun hati lelaki ini.

Itu menjadi titik tolak kepada Akidi Hamid dari Pulai Chondong, Machang, Kelantan untuk menubuhkan badan amal, Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial (KELSS) fokus bagi membantu mereka memerlukan, lebih-lebih lagi yang kurang berkemampuan.

“Sejak KELSS ditubuhkan fokusnya terhadap golongan benar-benar berdepan bebanan dan amat memerlukan. Ada juga kes sakit kronik dah dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300, tapi masih tidak mencukupi misalnya untuk membeli susu khas yang biasanya amat mahal hingga babit kos RM1,000 sebulan.

“Ada juga kita bantu melibatkan kes lambat terima respons, biarpun dah naik turun pejabat terbabit lima enam kali, ini juga antara kita cuba bantu. Biasanya lima hingga 10 kes kita terima setiap bulan, namun akan ditapis untuk beri keutamaan,” katanya kepada Cakna Sinar.

Menurut Pengasas KELSS yang didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 27 Mei 2015 ini, bagi setiap kes diterima, biasanya krew terlibat akan membincangkan maklumat tersebut bersama.

Akidi berkata, pihaknya akan menghubungi keluarga memerlukan bantuan tersebut secara atas talian atau panggilan untuk temu bual, sebelum ke lokasi dengan membawa sedikit sumbangan.

“Langkah seterusnya, kami juga rujuk pada JKM dan baitulmal untuk pengesahan, sebelum memuat naik kisah mereka memerlukan bantuan ke page rasmi KELSS,” katanya.

Fikir penyelesaian

Memuat naik kes-kes diketengahkan NGOnya di laman rasmi KELLS bukan bertujuan mengambil alih tugas, mahupun ‘menggertak’ pihak berwajib yang sepatutnya membantu golongan memerlukan.

Akidi berkata, sebaliknya ia bertujuan bersama dengan rakyat Malaysia terutamanya supaya turut dapat berkongsi rezeki dengan kelompok masyarakat memerlukan perhatian dan sumbangan.

“Alhamdulillah setakat ini sudah lebih 150 golongan memerlukan sudah dibantu sejak 2015. Ini termasuklah untuk keluarga perlu hadapi bebanan kerana ada ahli keluarga sakit kronik yang perlukan kos bagi bantuan keperluan khas yang mahal dan asnaf seperti anak yatim, ibu tunggal, mangsa bencana dan  keperluan membeli dana perubatan buat penerima terpilih.

“Bagaimanapun kita nak bantu secara berterusan pun tak boleh dengan kekangan dana yang ada.

“Namun kita harap dengan kes-kes dipaparkan di page kami ini, bila ada pihak baca dan tengok, mereka pun dapat fikirkan sama penyelesaian terbaik untuk golongan tersebut,” katanya.

Mengakui bukan senang mengendalikan kes-kes amal memerlukan bantuan, pernah juga krew KELSS terpaksa berdepan dengan segelintir pihak salah faham akan bantuan cuba dihulurkan.

Akidi berkata, khuatir kes-kes berkait kepentingan politik, pernah pemimpin kawasan bersikap marah dan tidak berpuas hati dengan kunjungan KELSS membantu mereka memerlukan, mungkin gusar 'dicap pemimpin kawasan tak buat kerja'.

"Apa pun tujuan kita jejak sesuatu kes itu memang dengan tujuan mengajak perkongsian rezeki dengan rakyat Malaysia untuk diberikan kepada mereka memerlukan.  

"Jika kebetulan mereka baca atau tahu kes ini dan bantu, syukurlah," kata insan berusia 48 tahun yang juga bapa kepada tiga anak berusia 15, 13, dan tujuh bulan ini.

Percaya NGO amal lain juga biasa berdepan isu sama, antara cabaran lain perlu dihadapi KELSS ialah kes penipuan di media sosial yang kadangkala memanipulasikan gambar diambil dari laman sosial pihaknya dan mengambil kesempatan membuat rayuan kutipan derma palsu.

Akidi tidak menolak kemungkinan 'geng' sama dengan modus operandi serupa adalah pihak yang memalsukan laman Sinar Harian untuk tujuan tidak bermoral berkenaan.

"Jadi, untuk mengekang gejala penipuan minta derma palsu ini, saya ambil langkah menambah baik poster rayuan KELSS dengan beberapa ciri keselamatan.

"Kadang ada juga kes bagi gambar tinggal di pondok kononnya susah, padahal mereka sudah dapat bantuan. Ada pula dakwa terpaksa bayar bil tinggi sedangkan dapat rawatan di hospital kerajaan, jika ya pun kami percaya mereka masih boleh rayu dibantu untuk pengurangan," katanya ketika berkongsi pelbagai kisah dan dugaan mereka mahu mengambil kesempatan.

Menurutnya, bagaimanapun kesemua kes akan dipastikan sahih oleh pihaknya sebelum dibantu.  

Elak cubaan tipu derma

Pengalaman pahit manis

Berkongsi pengalamannya dalam mengendalikan NGO, Akidi berkata, antara tidak dapat dilupakan adalah ketika melawat pesakit terlantar yang meninggal semasa menunggu ketibaan katil khas dalam proses penghantaran oleh pihaknya.

Menurutnya, situasi paling manis pula apabila berjaya mengumpul dana dan membina bilik khas ala wad, untuk pesakit memerlukan.  

"Pengalaman pahit pula bila ada kes kita jejaki, didapati ketua keluarga sebenarnya terbabit kes dadah, judi, malas kerja hingga anak isteri terbiar dan banyak lagi kisah sedih.

"Sedangkan ada juga kita jumpa kes orang kurang upaya (OKU) tiada tangan sejak lahir masih mahu bekerja biarpun bela itik. Memang sepatutnya kita ini tidak meminta-minta," katanya.

Menurutnya, sehingga kini KELSS mempunyai wakil di semua negeri termasuk di Sabah dan Sarawak berikutan sokongan daripada rakyat Malaysia terutama dari segi penyertaan dan keprihatinan terhadap aktiviti kebajikan ini.

Akidi memberitahu, sehingga kini lebih lima kes berprofil tinggi memerlukan sokongan masyarakat berjaya dibantu KELSS yang kini mempunyai lebih 21,000 pengikut di laman Facebooknya minggu lalu.

Terbaharu, NGOnya membantu kes seorang kanak-kanak menghadapi masalah fungsi hati ke China untuk melakukan rawatan dengan membabitkan kos RM250,000.   

Bersyukur dengan peluang dapat membantu mereka benar-benar susah, dengan aktiviti pada setiap minggu di semua negeri, menurutnya yang bekerja sendiri dan mempunyai latar belakang sektor pembinaan ini, usaha KELSS dengan 200 sukarelawan skuad ini akan diteruskan selagi diizinkan-Nya.

"Harapan saya agar lebih ramai masyarakat dan pihak terlibat tampil bersama kami untuk membantu insan kurang bernasib baik memerlukan," kata bekas penuntut Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak ini yang juga suami kepada Aslina Che Omar, 38. -AG