Pemuda Gerakan minta penjelasan Guan Eng isu sewa rumah GEORGETOWN - Pemuda Gerakan Pulau Pinang melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menggunakan alasan remeh-temeh seperti masalah ancaman anai-anai, semut api dan musang untuk berpindah dari rumah kerajaan ke sebuah rumah mewah yang baru siap diubahsuai, baru-baru ini. Naib Ketua Pemudanya, H’ng Khoon Leng berkata,di atas prinsip ketelusan yang dilaung-laungkan Guan Eng sebelum ini, Pemuda Gerakan negeri menggesa beliau untuk menunjukkan surat perjanjian penyewaan rumah itu kepada umum sebagai bukti beliau benar-benar menyewa rumah itu dan bukan ‘memilikinya’. Menurutnya, tindakan Guan Eng yang enggan mendedahkan lokasi rumah sementaranya itu atas alasan privasi juga tidak masuk akal kerana bertentangan dengan gaya kepimpinan biasa beliau yang mengejar publisiti dan menunjukkan beliau cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum. “Kenyataan akhbar beliau yang menyalahkan kewujudan anai-anai, semut api dan musang sebagai alasan beliau untuk pindah menunjukkan beliau pemimpin yang suka merungut dan tidak dapat mengatasi masalah-masalah kecil sedemikian. “Bagaimana beliau mampu memimpin negeri Pulau Pinang dengan berjaya sekiranya masalah kecil sebegini pun, dia sudah merungut?,”katanya pada sidang media di pejabat parti itu, di sini semalam. Khoon Leng berkata, bagi pihak rakyat Pulau Pinang, Pemuda Gerakan telah menyenaraikan 10 soalan kepada Guan Eng bagi meminta penjelasan daripada beliau sendiri berhubung isu rumah banglo mewah yang disewa beliau,baru-baru ini. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma, diskaun sempena Aidilfitri
Tangguh salur wang ihsan
Azmin dianggap calon popular
BN bimbang tindakan saman oleh Kelantan
Anti-Malaysia bukan menyeluruh
Malaysia bukan pusat proses, edar dadah
Dua maut akibat denggi minggu lalu
HSNZ lahir bayi IVF pertama
Anjung Kasih di hospital
Rasidi tak siuman: Pakar psikiatri
Komuniti berpagar, pengawal lulus: Muhyiddin
Sultan gantung gelaran Liong Sik, Phang
Isu Namewee jadi pengajaran - Khairy
Bendera Malaysia dibakar lagi
MLKN bincang cadangan
Hamas tolak rundingan
Arab Saudi nafi wanita Sri Lanka didera
Israel perkecilkan misi flotila ke Gaza
Zaki, Masziyaton atlet Sukma terbaik
T’Team selesa turun sebagai underdog
Zidane bantu naikkan semangat Perancis
Tol percuma, diskaun sempena Aidilfitri
Tangguh salur wang ihsan
Azmin dianggap calon popular
BN bimbang tindakan saman oleh Kelantan
Anti-Malaysia bukan menyeluruh
Malaysia bukan pusat proses, edar dadah
Dua maut akibat denggi minggu lalu
HSNZ lahir bayi IVF pertama
Anjung Kasih di hospital
Rasidi tak siuman: Pakar psikiatri
Komuniti berpagar, pengawal lulus: Muhyiddin
Sultan gantung gelaran Liong Sik, Phang
Isu Namewee jadi pengajaran - Khairy
Bendera Malaysia dibakar lagi
MLKN bincang cadangan
Hamas tolak rundingan
Arab Saudi nafi wanita Sri Lanka didera
Israel perkecilkan misi flotila ke Gaza
Zaki, Masziyaton atlet Sukma terbaik
T’Team selesa turun sebagai underdog
Zidane bantu naikkan semangat Perancis










