Perkasa mahu pembangunan BCIC diberi tumpuan KUALA LUMPUR - Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai usaha meliberalisasikan garis panduan pelaburan (FIC) dan penubuhan Ekuiti Nasional (Ekuinas Berhad) sebagai langkah berani. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pengumuman yang dibuat Najib ketika merasmikan Persidangan The Invest Malaysia 2009 itu dianggap luar biasa ketika dunia menghadapi krisis ekonomi global. "Pengumuman ini penting sebagai garis panduan dasar baru yang adil bagi manfaat semua pelabur dan pada masa sama memenuhi keperluan untuk instrumen efektif baru bagi penyertaan Bumiputera. "Ini akan menggalakkan kepada pertumbuhan ekonomi untuk pengagihan pendapatan negara. Bagaimanapun, amat baik jika langkah itu dibincangkan terlebih dahulu dalam kalangan usahawan Bumiputra," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian di sini, semalam. Kata beliau, Perkasa mengambil masa sehari suntuk mengkaji pengumuman Najib itu melalui percambahan pemikiran sekumpulan pakar rujuk, sebelum membuat kesimpulan dengan mengingatkan kerajaan supaya liberalisasi terhadap kepentingan Bumiputera wajar dilakukan secara berhati-hati dan berperingkat. Ini katanya, sesuai dengan peningkatan dan keupayaan Bumiputera bersaing dalam ekonomi domestik dan global serta selaras semangat dasar ekonomi liberal yang terpimpin. "Walaupun kita terkilan dengan penghapusan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam penyenaraian bursa saham, Perkasa meminta usaha menggantikan 30 peratus penyertaan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi makro dilakukan bersungguh-sungguh melibatkan pengagihan ekuiti mereka yang bukan sahaja adil, tetapi melibatkan seramai mungkin pengusaha Bumiputera yang layak. "Kepemimpinan politik, pengurus korporat dan pegawai yang melaksanakan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera mesti amanah, profesional serta mempunyai keazaman yang tinggi terhadap pembelaan nasib bangsa yang tertinggal," katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma, diskaun sempena Aidilfitri
Tangguh salur wang ihsan
Azmin dianggap calon popular
BN bimbang tindakan saman oleh Kelantan
Anti-Malaysia bukan menyeluruh
Malaysia bukan pusat proses, edar dadah
Dua maut akibat denggi minggu lalu
HSNZ lahir bayi IVF pertama
Anjung Kasih di hospital
Rasidi tak siuman: Pakar psikiatri
Komuniti berpagar, pengawal lulus: Muhyiddin
Sultan gantung gelaran Liong Sik, Phang
Isu Namewee jadi pengajaran - Khairy
Bendera Malaysia dibakar lagi
MLKN bincang cadangan
Hamas tolak rundingan
Arab Saudi nafi wanita Sri Lanka didera
Israel perkecilkan misi flotila ke Gaza
Zaki, Masziyaton atlet Sukma terbaik
T’Team selesa turun sebagai underdog
Zidane bantu naikkan semangat Perancis
Tol percuma, diskaun sempena Aidilfitri
Tangguh salur wang ihsan
Azmin dianggap calon popular
BN bimbang tindakan saman oleh Kelantan
Anti-Malaysia bukan menyeluruh
Malaysia bukan pusat proses, edar dadah
Dua maut akibat denggi minggu lalu
HSNZ lahir bayi IVF pertama
Anjung Kasih di hospital
Rasidi tak siuman: Pakar psikiatri
Komuniti berpagar, pengawal lulus: Muhyiddin
Sultan gantung gelaran Liong Sik, Phang
Isu Namewee jadi pengajaran - Khairy
Bendera Malaysia dibakar lagi
MLKN bincang cadangan
Hamas tolak rundingan
Arab Saudi nafi wanita Sri Lanka didera
Israel perkecilkan misi flotila ke Gaza
Zaki, Masziyaton atlet Sukma terbaik
T’Team selesa turun sebagai underdog
Zidane bantu naikkan semangat Perancis










