Ahli Majlis MPPP dari PKR didakwa salah guna kuasa PULAU PINANG - Belumpun reda kemelut antara DAP dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu pelucutan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari PKR, kini timbul pula dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR. Dakwaan itu dibuat oleh Anggota Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi dari parti DAP berkaitan cubaan ahli majlis berkenaan membatalkan arahan berhenti kerja yang dikeluarkan MPPP terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan di kawasan Jelutong. Ketika bercakap pada sidang akhbar di sini semalam, beliau mendakwa ahli majlis itu berusaha melobi supaya perintah berhenti kerja itu ditarik balik bagi membolehkan pemaju meneruskan kerja pembinaan kondominium berkenaan. Katanya, ahli majlis itu juga dikatakan bertindak mendesak pegawai-pegawai MPPP untuk membentang semula arahan berkenaan supaya ia boleh dikaji semula dan ditarik balik. “Saya berpendapat ahli majlis berkenaan tidak mematuhi etika prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus kerana bertindak seperti ‘koboi’ dengan melobi serta mendesak bagi menyebelahi kepentingan pihak pemaju. “Sepatutnya dia (ahli majlis) hanya boleh membawa sebarang usul secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan membuat tekanan atau desakan seperti itu,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma, diskaun sempena Aidilfitri
Tangguh salur wang ihsan
Azmin dianggap calon popular
BN bimbang tindakan saman oleh Kelantan
Anti-Malaysia bukan menyeluruh
Malaysia bukan pusat proses, edar dadah
Dua maut akibat denggi minggu lalu
HSNZ lahir bayi IVF pertama
Anjung Kasih di hospital
Rasidi tak siuman: Pakar psikiatri
Komuniti berpagar, pengawal lulus: Muhyiddin
Sultan gantung gelaran Liong Sik, Phang
Isu Namewee jadi pengajaran - Khairy
Bendera Malaysia dibakar lagi
MLKN bincang cadangan
Hamas tolak rundingan
Arab Saudi nafi wanita Sri Lanka didera
Israel perkecilkan misi flotila ke Gaza
Zaki, Masziyaton atlet Sukma terbaik
T’Team selesa turun sebagai underdog
Zidane bantu naikkan semangat Perancis
Tol percuma, diskaun sempena Aidilfitri
Tangguh salur wang ihsan
Azmin dianggap calon popular
BN bimbang tindakan saman oleh Kelantan
Anti-Malaysia bukan menyeluruh
Malaysia bukan pusat proses, edar dadah
Dua maut akibat denggi minggu lalu
HSNZ lahir bayi IVF pertama
Anjung Kasih di hospital
Rasidi tak siuman: Pakar psikiatri
Komuniti berpagar, pengawal lulus: Muhyiddin
Sultan gantung gelaran Liong Sik, Phang
Isu Namewee jadi pengajaran - Khairy
Bendera Malaysia dibakar lagi
MLKN bincang cadangan
Hamas tolak rundingan
Arab Saudi nafi wanita Sri Lanka didera
Israel perkecilkan misi flotila ke Gaza
Zaki, Masziyaton atlet Sukma terbaik
T’Team selesa turun sebagai underdog
Zidane bantu naikkan semangat Perancis










