Pengunjung : 35066 Selasa 16-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:

Lantik Nik Abdul Aziz Pengerusi PR: Zaid Ibrahim

Oleh: ROSHLAWATY RAIEH
roshlawaty@sinarharian.com.my


SHAH ALAM - Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Ketua atau Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mahu parti itu terus diterima rakyat.

Beliau berkata, pelantikan Mursyidul Am Pas itu sama seperti pelantikan Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada Parti Kongres India.

“Usaha melantik (Nik Abdul Aziz) memerlukan pengorbanan dari Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang.

“Malah Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship" dengan bersetuju terhadap cadangan serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi sekali gus tindakan itu akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO,” dipetik dari blognya hari ini.

Zaid turut melahirkan rasa kecewa terhadap perancangan parti pembangkang yang dilihat tidak jelas sama ada mahu menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan pusat atau pun tidak.

“Sebelum ini, kedengaran parti pembangkang bertungkus-lumus merangka pelan perancangan, tetapi hingga sekarang tiada satu pun menjadi.

“Saya tidak tahu mengapa ini berlaku, adakah disebabkan strategi politik atau hal-hal lain, cadangan saya, beberapa tindakan mungkin boleh dipertimbangkan untuk mengembalikan semula perancangan PR.

“Antaranya, pemimpin pakatan berusaha gigih dan bersungguh-sungguh menarik perhatian veteren UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama berjuang dengan kita,” katanya tegas.

Baca seterusnya esok...