WALAUPUN permulaan industri automotif negara tahun ini dijangkakan agak perlahan tetapi ejen Perodua, YBK Services Sdn Bhd optimis memperoleh 20 prospek dalam siri penjelajahan.

Pengarah Eksekutifnya, Mohd Azman Ab Gani berkata, sebagai langkah mencapai sasaran itu, mereka menyertai siri penjelajahan di empat tempat berbeza setiap minggu seperti pasar raya besar Tesco, Giant, pusat membeli-belah Ole-ole dan pasar tani Shah Alam.

Menurutnya, terbaru, mereka menyertai Sinar Automart sebagai asas pemasaran bagi mendapatkan prospek serta mengetengahkan produk dijual kepada umum.

“Penyertaan kami di Sinar Automart sejak dua minggu lalu, menerima beberapa tempahan dan prospek baru diperoleh dan program sedemikian perlu diteruskan kerana ia dilihat menjadi platform terbaik kepada umum.

“Bukan sahaja menjual kereta malah kami juga menawarkan khidmat nasihat mengenai trade in dan pelbagai lagi,” katanya.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.