BERSIAP sedia untuk pengembaraan unik ke seluruh rantau Asean kerana AirAsia kini menawarkan promosi istimewa diskaun 50 peratus selama 50 jam ke semua destinasi Asean dalam rangkaian penerbangan AirAsia.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula dari 15 Februari  hingga 17 Februari bagi perjalanan pada 5 September  dan 23 November depan.

AirAsia menawarkan penerbangan murah ini ke destinasi di 10 negara Asean termasuk Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Ketua Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee berkata, AirAsia akan terus menyokong inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai lagi untuk menjelajahi rantau Asean sepanjang tahun ini.

Ia sebagai tanda sokongan daripada AirAsia sebagai syarikat penerbangan rasmi Asean.

“Kami berharap promosi 50 jam (penerbangan) ini akan menggalakkan ramai lagi untuk melancong ke negara-negara Asean.

"AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah yang terbang ke semua 10 negara Asia Tenggara dan kami yakin kempen Visit Asean@50 ini akan menyumbang kepada sasaran 121 juta pelancong untuk rantau Asean sempena sambutan ulang tahun ke-50 Asean," katanya dalam kenyataan hari ini.

Cara terbaik untuk menikmati keindahan Asia Tenggara adalah melalui ‘Asean Pass’ AirAsia yang membolehkan pemegang pas ini untuk melancong ke semua negara Asean pada kadar yang tetap.

Para pelancong juga digalakkan membuat pra-tempahan bagi set makanan Kombo Santan dengan hanya RM10, serta diberi pelbagai pilihan minuman dengan percuma sebelum memulakan percutian.

Dapatkan informasi AirAsia mengenai promosi terkini dan aktiviti melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AIRASIA melancarkan moto “AirAsia Loves Asean”, inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, pembangunan tenaga kerja dan ekonomi sempena ulang tahun ke-50 Asean.
  • AIRASIA menawarkan sehingga 5 juta tempat duduk percuma dari 13 November 2017 hingga 19 November 2017 untuk perjalanan antara 7 Mei 2018 dan 31 Januari 2019 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.
  • AIRASIA X akan memulakan perkhidmatan penerbangan terus dari sini ke Jaipur, ibu kota Rajasthan, India, dengan penerbangan empat kali seminggu bermula 5 Februari, 2018.
  • AIRASIA Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia, telah menerima pengiktirafan emas di bawah kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan untuk selama lapan tahun berturut-turut melalui Anugerah Jenama Putra 2017, menandakan kehadirannya yang terus membuat penerajuan dalam industri.
  • PELEPASAN cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas barangan import bernilai tinggi seperti pesawat oleh syarikat tempatan akan meningkatkan daya saing dalam industri itu serta menjadikan sektor penerbangan lebih cergas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.