BUTIK pakaian Muslimah, Watie Collections menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran segmen fesyen tempatan di negara ini.

Pemiliknya, Nor Syafafwati Arifin optimis, jumlah jualan pakaiannya mencecah RM100,000 menjelang akhir tahun ini dipacu oleh pelbagai strategi yang akan dilaksanakan antaranya dengan mengadakan pelbagai promosi menarik.

"Walaupun Watie Collections masih baru, kami mendapat sambutan di luar jangkaan. Pereka kami terdiri daripada golongan belia yang mempunyai idea segar, justeru setiap rekaan kami kreatif dan memenuhi cita rasa pelanggan.

"Rekaan kami eksklusif dan estetik dan mampu menampakkan si pemakainya kelihatan anggun dan bergaya sama ada untuk majlis tertentu dan pejabat. Kami menggunakan khidmat tukang jahit persendirian bagi menzahirkan rekaan mereka menjadi sepasang persalinan indah yang eksklusif," katanya.

Nor Syafafwati berkata, lebih 10 koleksi yang terdapat di butiknya iaitu kurung moden, jubah lelaki dan perempuan dan koleksi tudung serta selendang menggunakan fabrik dan material terbaik.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.