PEMANSUHAN Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dari kadar 6% ke 0% sejak 1 Jun lalu bagaikan satu bonus kepada rakyat Malaysia untuk tempoh tiga bulan seterusnya, terutamanya pada musim perayaan.

Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Datuk Seri Meer Habib dalam  kenyataan berkata, rakyat Malaysia sentiasa membeli barang kemas untuk digunakan sebagai perhiasan atau pelaburan.

Menurutnya, dengan kadar GST 0%, ia pasti  menjadikan barang kemas sebagai bentuk pelaburan yang menarik untuk rakyat Malaysia," katanya. Umum sedia maklum emas dalam bentuk jongkong atau barang kemas mempunyai nilai kukuh dalam keadaan ekonomi tidak stabil.

Justeru, Habib Jewel’s  mengambil peluang mengadakan promosi 3 hari bermula 1 Jun hingga 3 Jun lalu. Cawangan-cawangan yang mengambil bahagian juga menyaksikan waktu operasi mereka dipanjangkan sehingga 10 malam untuk pelbagai promosi koleksi Raya.

Pada 2 Jun lalu, cawangan utama Habib Jewel’s di Ampang Point beroperasi sehingga tengah malam sempena dengan acara ‘Singgah Sahur’ Habib Jewel’s.

Meer menambah, kadar GST 0% memberikan kelebihan kepada Malaysia sebagai salah satu destinasi membeli-belah utama di dunia.

Menurutnya, Kuala Lumpur yang tersenarai dalam 10 Bandar Paling Dilawati oleh Euromonitor dan bandar beli-belah nombor satu di Asia Pasifik oleh Expedia mengesahkan posisi Malaysia sebagai lokasi paling digemari untuk peminat emas kerana harganya yang murah.