SYARIKAT Felda Transport & Services Sdn Bhd dinobat  ‘Vendor of the Year’ 2018 pada majlis Anugerah Vendor Terbaik Risda Fleet 2018, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport & Services Sdn Bhd, Idris Pilus berkata, kemenangan itu melonjakkan  semangat syarikatnya untuk terus memberi perkhidmatan terbaik.

“Kami berikan perkhidmatan bermutu dan terbaik pada harga kompetitif selain sedia bekerjasama dalam bidang lain di masa hadapan,” katanya selepas majlis anugerah tersebut, semalam.

Sebagai pemenang, Felda Transport & Services Sdn Bhd membawa pulang baucer tunai pakej pelancongan Narsco Travel & Tours bernilai RM3,000, plaque beserta sijil.

Sebanyak lima kategori diper-tandingan bagi anugerah ini. Syarikat Deraputra Enterprise dari Kota Kinabalu, Sabah dipilih penerima Anugerah Vendor Rigid Kargo Terbaik 2018, manakala Vendor Lori Treler Kargo Terbaik 2018 diungguli  Y&C Tranpsort dari Keningau.

Bagi Anugerah Vendor Lori Treler Tangki Terbaik 2018 dimenangi  Mnan Resources Sdn Bhd dan Anugerah Vendor Alat Ganti dan Servis Terbaik 2018 dimenangi syarikat Kesen Engineering (Segamat) Sdn Bhd.

Kesemua pemenang membawa pulang baucer tunai pakej pelancongan Narsco Travel & Tours bernilai RM1,500, plaque beserta sijil.

Majlis  Anugerah Vendor Terbaik Risda Fleet 2018 diadakan sebagai  penghargaan kepada vendor yang memberi khidmat cemerlang kepada Risda Fleet, sebagai ejen pengangkutan Risda dan syarikat milikan Risda yang ber-tanggungjawab kepada Sistem Penyampaian Risda sehingga menjadikan Risda Fleet sebagai syarikat pengangkutan unggul.Penyampaian anugerah  disempurnakan oleh Pengerusi Risda  Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Dalam pada itu, Zahidi berkata, peranan vendor penting bagi men-jamin Sistem Penyampaian Risda  efisyen, agar segala bantuan dari kerajaan  seperti baja dan benih sampai kepada rakyat dan stakeholder yang memerlukan.

“Kerajaan belanja berjuta ringgit untuk bantu rakyat melalui agensi seperti Risda, Felcra dan Felda bagi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

Katanya, terdapat 250 vendor berdaftar dengan RFSB. Ia bukti ada peluang perniagaan dan pekerjaan di kawasan luar bandar. RFSB juga belanja RM11.2 juta setahun bagi membayar kos sewa lori luar (vendor).

“Selain menjadi vendor dalam bidang pengangkutan dan pem-bekal, RFSB juga menyediakan peluang menjadi usahawan dalam perkhidmatan bengkel baik pulih kenderaan, jualan tayar dan minyak pelincir,” katanya.

Tambahnya, kementerian juga  bersetuju melantik RFSB sebagai pembekal tayar kepada semua agensi di bawahnya.

“Ini peluang terbaik perlu di-rebut vendor.  Ia boleh digunakan bagi keperluan lori selain tingkatkan  pendapatan," katanya.

Dalam perkembangan lain,  Risda bakal berkerjasama dengan badan bukan kerajaan di Mindanou, Filipina dalam menguruskan pensijilan halal termasuk pengurusan haji dan umrah.

“Kerjasama juga dibuat dalam membantu badan bukan kerajaan negara itu dalam usaha membuka ladang-ladang sawit selain khidmat kepakaran,  memandangkan industri sawit di negara itu belum berkembang," katanya.