ANAK syarikat Rohas Tecnic Bhd yang dimiliki sebanyak 75 peratus, HG Power Transmission Sdn Bhd (HGPT), meraih kontrak bernilai RM37.8 juta untuk tiga talian transmisi litar berganda 132-kilovolt daripada Power Grid Company of Bangladesh Ltd.

Di bawah kontrak itu, HGPT akan bertanggungjawab mereka bentuk, memasang, menguji dan mentauliah penampang kabel talian transmisi litar berganda.

“Tempoh penyelesaian kontrak adalah 15 bulan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Kontrak berkenaan tidak akan mempunyai sebarang kesan material terhadap keputusan RTB bagi tahun berakhir 31 Disember, 2018, tetapi dijangka memberi sumbangan positif pada masa hadapan.