$entry.content.caption.value
UMW Toyota Motor Sdn Bhd menjangka kira-kira 20 peratus daripada pertumbuhan jualan sebanyak 93,000 unit pelbagai model Toyota di seluruh negara tahun ini disumbangkan daripada pasaran Sarawak.
Presidennya, Ismet Suki dalam satu kenyataan berkata, tahun ini akan menjadi tahun yang menarik bagi syarikatnya dengan barisan produk baru termasuk hibrid Prius C, yang bakal dilancarkan di Malaysia hari ini.
“Saya yakin Sarawak adalah satu pasaran utama yang kami tinjau, terutama dengan penempatan semula dan penaikan taraf cawangan 3S daripada 1S,” katanya.
Menurutnya, kini terdapat 92 pengedar seluruh Malaysia, termasuk 67 pusat 3S dengan lima pengedar berpangkalan di negeri ini.
Katanya, pasaran Sarawak menguasai 11 peratus daripada 86,000 unit yang dijual tahun lalu, yang juga menyaksikan jumlah jualan dan operasi secara umumnya dipengaruhi bencana tsunami di Jepun dan banjir di Thailand.





