APLIKASI ride-sharing Uber kini baru sahaja dikemas kini dengan sebuah ciri baru di mana penggunanya boleh menambah hentian tambahan untuk apa sahaja perjalanan.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menambah sehingga tiga hentian tambahan, dan ini boleh dilakukan sebelum ataupun ketika anda sudah pun berada di dalam perjalanan, dan hentian-hentian ini akan diperlihatkan pada aplikasi pemandu Uber juga.

Ciri ini cukup berguna jika anda mahu mengambil ataupun menghantar rakan-rakan pulang ke lokasi yang diingini mereka tanpa perlu memanggil kenderaan Uber yang lain.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TIGA pengurus kanan unit sekuriti Uber Technologies Inc's meletak jawatan susulan kebocoran data secara besar-besaran yang menjejaskan 57 juta penumpang dan pemandu di seluruh dunia pada 2016.
  • MELANCONG di Perak khususnya di Bandar raya Ipoh kini lebih mudah dengan pengenalan perkhidmatan terbaharu syarikat Uber iaitu UberTRIP dengan kerjasama Destination Perak.