Tune Hotels buka cawangan di Filipina
$entry.content.caption.value

Tune Hotels melebarkan sayapnya ke Filipina dengan pembukaan rasmi Hotel Lapangan Terbang Tune, Hotel Angeles City yang mempunyai 165 bilik, sekali gus memberikan kemudahan kepada penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Diosdado Macapagal.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester berkata, pasaran Filipina menawarkan potensi besar disebabkan lokasi geografinya dan pihaknya teruja mengambil bahagian serta memainkan peranan penting dalam industri perjalanan dan pelancongan Filipina.

Tune Hotel Angeles City dimiliki dan diusahakan Red Planet Hotels di bawah perjanjian francais dengan Tune Hotels.

Rantaian hotel global itu telah menerima lebih tiga juta tetamu sejak Tune Hotels memulakan perniagaan di Kuala Lumpur lima tahun lalu.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.