JIKA dahulu, lokasi majlis perkahwinan sering diadakan di rumah, dewan dan taman, malahan hotel bagi yang berkemampuan.

Seiring dengan peredaran masa, trend lokasi mengadakan majlis perkahwinan mengikut konsep yang diimpikan berubah kepada bangunan dan kawasan persendirian, banglo, resort dan sebagainya.

Trend pemilihan lokasi majlis perkahwinan yang sedemikian membuka peluang kepada pengusaha atau perunding perkahwinan untuk lebih kreatif mengadakan majlis perkahwinan di kawasan tersebut lebih unik, eksklusif dan kontemporari.

Dengan memperkenalkan pelbagai konsep dan tema tertentu, seni reka bangunan yang agam dan indah, taman yang menghijau dilengkapi tasik menjanjikan majlis perkahwinan yang diimpikan dapat direalisasikan di kawasan bandar mahupun di luar bandar.

Malahan, tuan rumah hanya perlu mengeluarkan bajet tertentu untuk menjayakan majlis yang diimpikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya apabila melantik perunding perkahwinan yang menjaga kualiti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Selain itu, ia juga mampu menyelesaikan kekangan yang dihadapi orang ramai yang mengeluh mengenai lokasi strategik untuk mengadakan majlis perkahwinan mengikut cita rasa mereka.

Malahan ia membantu pasangan pengantin yang sering berdepan dengan masalah mencari lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan yang diidamkan.

Majlis perkahwinan yang meriah dan berjalan lancar adalah impian pasangan pengantin, ia perlu dirancang dengan teliti supaya tiada perkara yang boleh merosakkan kelangsungan majlis tersebut dan lokasi adalah perkara yang diutamakan.

Bagaimanapun, pilihan lokasi bergantung kepada kemampuan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga kerana ia adalah elemen penting sebelum sesuatu majlis diadakan. Setelah mempunyai lokasi majlis perkahwinan, perkara lain seperti pemilihan pelamin, pakaian pengantin, katering dan sebagainya akan menjadi lebih mudah.

Lokasi yang selesa, mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti tandas, surau dan tempat berehat menjadi pilihan, malahan sekiranya mempunyai aktiviti yang menyeronokkan adalah satu kelebihan.

Perkahwinan dalam taman eksklusif

Majlis perkahwinan berkonsepkan Inggeris dalam taman yang mempunyai landskap unik dilengkapi tasik dan sebuah rumah ala Inggeris membuatkan A Park sentiasa menjadi sebutan sebagai sebuah lokasi eksklusif.

Konsultan Acara A Park, Azri Abdullah berkata, A Park memenuhi impian yang didambakan pengantin untuk mengadakan majlis dalam taman dan perlu membayar hanya untuk satu pakej yang boleh dipilih antaranya Silver (RM35,000), Gold (RM46,000) dan Platinum (RM57,000).

Katanya, setiap pakej membolehkan pelanggannya menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya pentas pelamin mengikut cita rasa pengantin di bawah gazebo, rumah penginapan, bersampan dan sebagainya.

"Bagi memenuhi permintaan pelanggan, A Park juga bekerjasama dengan penganjur acara, penyaji makanan, dan perancang perkahwinan dilantik.

"Sejak beroperasi pada 2014, kami menerima sambutan memberangsangkan walaupun kebelakangan ini, trend mengadakan majlis perkahwinan sebegini mendapat permintaan tinggi," katanya.

Azri berkata, harga kompetitif dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan menyebabkan A Park menjadi pilihan bukan sahaja sekitar Lembah Klang malahan seluruh negara dan luar negara kerana tertarik dengan konsep yang kami ketengahkan.

"Maklum balas yang kami terima daripada pelanggan adalah A Park memberikan keselesaan kepada tetamu dan eksklusif. Kebanyakan pelanggan kami mengenali A Park melalui media sosial dan kunjungan mereka ketika ada majlis tertentu di sini.

"Kami tidak menjangka, tempahan majlis perkahwinan 2018 amat memberangsangkan berbanding pada tahun sebelum ini. Kami menerima tempahan setahun awal dan kami juga menerima hanya satu acara sahaja dalam sehari," katanya.

Jangan terpedaya harga murah

Menyedari terdapatnya isu majlis perkahwinan yang tidak berlangsung seperti diharapkan, Azri menasihatkan bakal pengantin supaya bijak memilih perunding perkahwinan dan tidak terpedaya harga murah ditawarkan.

Selain pemandangan yang cantik, A Park menyediakan perkhidmatan katering untuk 1,000 tetamu dengan menu yang sedap dan lazat, pelanggan mendapat dua dataran sebagai lokasi majlis, set pelamin meja dan kerusi bankuet, khemah Marquee berserta hiasan tirai dan tempat letak kereta.

A Park terletak di Kampung Pulau Meranti, Puchong memberikan penginapan keluarga pengantin di Lakehouse yang mempunyai empat bilik termasuk bilik pengantin, dapur, dan ruang makan yang boleh dihuni pelanggan selama sehari.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Peguam Syarie Malaysia (PGSM), menandatangani perkongsian teknologi eksklusif dengan CanLaw Asia Sdn Bhd (CanLaw), mendorong peguam syariah memasuki dan melibatkan diri dalam ekonomi digital Malaysia.
  • DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi), meneruskan misinya meningkatkan kesedaran keselamatan siber melalui program Digi Cybersafe dengan mengadakan Hari Pertama Pelanggan di lokasi terpilih.
  • SYARIKAT Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGT) adalah milikan penuh syarikat subsidiari Thong Guan Industries Berhad, pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi serta berbagai produk lain di Malaysia bawah jenama 888, terus kukuh dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • PUSAT Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) menjalin perkongsian strategik bersama 17 komuniti keusahawanan Asia Tenggara, bagi membentuk Asean Activate, platform lanjutan MaGIC Activate serantau.
  • SHRF Food Industries Sdn Bhd (SHRF Food Industries), pengeluar produk makanan milik Bumiputera merancang meluaskan rangkaian produk jenama Sharifah menerusi strategi pemasaran baharu, dengan pengenalan konsep perniagaan trak makanan dan mesin layan diri.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.