AIMSMET Executive Education Sdn Bhd (AIMSMET), Malaysia dan Institut Pengurusan Komersial (ICM, UK) melancarkan kolaborasi yang menjadi mercu tanda kerjasama pertama Asean untuk ekonomi digital.

AIMSMET telah merangka program yang julung kalinya dalam pengurusan komersil melalui pembelajaran sepanjang hayat dan latihan praktikal untuk pelajar, selaras misi kerajaan untuk meningkatkan jumlah pekerja berpengetahuan kepada 35 peratus menjelang 2020.

Pengarah Kanan, Bahagian Akses Pasaran dan Kerjasama Antarabangsa Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Abu Bakar Koyakutty berkata, tujuan kerjasama itu adalah untuk merapatkan jurang dan mempercepatkan proses pengeluaran pekerja berpengetahuan melalui sektor swasta.

"Malaysia sedang berusaha ke arah menghasilkan lebih ramai pekerja berpengetahuan seiring dengan kewujudan ekonomi digital. Kerajaan juga bekerjasama dengan sektor swasta untuk memastikan kami berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran 35 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya selepas merasmikan kolaborasi itu, baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pendidikan AIMSMET, Prof Datuk Dr Jayles Yeoh berkata, pihaknya menjangkakan untuk mewujudkan seramai 5,000 tenaga mahir yang berpengalaman di seluruh industri.

"Dengan berbuat demikian, industri berupaya menyediakan buruh mahir mereka mengikut bidang tertentu," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.