TIGA pemenang utama AmBank BizRACE 2018 dipilih selepas membentangkan rancangan perniagaan mereka kepada panel hakim pertandingan.

Gelaran ‘Perniagaan AmBank Terbaik 2018’ dirangkul Segamat Panel Boards Sdn Bhd, manakala Plus Solar Systems Sdn Bhd dipilih pemenang kedua dan The Boom Beverage Sdn Bhd, di tempat ketiga.

AmBank berkata, gelaran Perniagaan AmBank Terbaik 2018 atau pemenang hadiah utama menerima pakej media bernilai RM315,000, manakala tempat kedua dan ketiga mendapat pakej media masing-masing bernilai RM175,000 dan RM105,000.

Pemenang diumumkan pada Malam Anugerah AmBank BizRACE yang turut dihadiri Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim.

AmBank BizRACE ditaja bersama AmMetLife, Credit Guarantee Corporation Malaysia, Digi, Dana Pembangunan Sumber Manusia dan K-Pintar.