PRESTIGES Sport Sdn Bhd, ejen jualan dan pengedaran sandal berjenama TEVA di Malaysia melancarkan dua model baru – Verra dan Terra Fi Lite ke pasaran Malaysia hari ini di kedai konsep pertama TEVA di Malaysia, di pusat membeli belah Sunway Velocity, Cheras.

Kedua-dua sandal yang dilancarkan secara rasminya di kedai konsep yang hanya menjual jenama TEVA tersebut bukan sahaja amat tahan untuk kegunaan lasak malah amat selesa untuk dipakai setiap hari.

Verra yang dijual pada harga RM319.00, merupakan sepasang sandal yang bukan sahaja sedia-beraksi malah ia juga cantik dan sesuai dipakai untuk wanita.

Ia amat sesuai dan selesa dipakai untuk apa-apa tujuan sekalipun. Manakala Terra Fi Lite yang dijual pada harga RM379 akan membuat pemakainya berasa seperti berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda setelah menyarung sandal tersebut.

 Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran sandal ini ialah artis dan personaliti sukan tanahair, Hafiz Hashim, Sylvia Kavita Kumares, Radzi Rahim dan Izzat Hakim; Miss Malaysia Universe 2015, Vanessa Tevi dan artis tempatan, Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raisuddin dan Lan Pet Pet.

Mereka turut berpeluang merasakan sendiri keselesaan sandal yang dilancarkan itu.

Semasa sesi pengenalan bersama media petang itu, juru cakap TEVA, Frankie Ng memaklumkan tali sandal TEVA dibuat daripada bahan polyester yang mudah kering sekiranya basah dan tapaknya pula dilengkapkan dengan kusyen Shoc Pad dapat menyerap hentakan dengan baik.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • INSTITUT Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menyasarkan jualan produk makanan tambahan berasaskan kunyit hitam, Black G Nutrima by Mardi adalah lebih RM10 juta dan akan menembusi pasaran antarabangsa pada 2018.
  • PERSEPSI generasi muda mengenai persalinan bercirikan batik kini sudah berbeza. Kebanyakan mereka menggunakan tekstil kebanggaan negara tersebut untuk dijadikan kemeja kasual mengikut gaya tertentu untuk menyerlahkan penampilan.
  • MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya dan AirAsia Berhad menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penjenamaan semula Stadium MBPJ.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines dipilih menerima anugerah Syarikat Penerbangan Asean terkemuka di Indonesia pada majlis Indonesia Travel Tourism Awards (ITTA) 2017/18.
  • PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJ Manufacturing), anak syarikat milik penuh PIJ Holdings Sdn Bhd, menyasarkan untuk mencapai jualan sehingga RM2 juta bagi produk ekstrak aloe veranya iaitu Aloeshafy tahun hadapan.