SYARIKAT teknologi British, Kino-mo menjalin kerjasama dengan agensi media bersepadu berpangkalan di Malaysia, People n Rich Holdings bagi memasarkan paparan peruncitan masa hadapan, Hypervsn di negara ini dan Asia Tenggara.

Pengarah People n Rich Holdings, Tanya Steven berkata, sejak penglibatan selama 30 tahun dalam perniagaan, pihaknya sentiasa melihat perubahan dalam pasaran tetapi inovasi adalah sesuatu yang kekal.

"Apa yang kami lihat, pasaran di Malaysia boleh menerima teknologi seperti ini dan penyelesaian baharu.

"Kino-mo adalah peneraju dalam bidang teknologi yang menawarkan dimensi baharu yang menakjubkan  dan kami bangga dengan kerjasama ini yang akan berkembang ke masa hadapan dengan inovasi sebagai salah satu fokus utama syarikat," katanya.

Sementara itu, Rakan Kongsi Asia Tenggara bagi Kino-mo, Vadzim Tsitou berkata, sasaran utama syarikat adalah membantu perniagaan bagi pengiklanan visual menerusi penyelesaian Hypervsn.

Pembentangan khas turut dilakukan di Kolej Brickfields Asia di hadapan kira-kira 70 pelajar, dalam usaha untuk mendedahkan pelajar kepada inovasi teknologi baharu, sekali gus memotivasikan inovasi baharu di negara ini.

Hypervsn merupakan penyelesaian perancangan media yang penuh bagi mencipta, memaparkan dan menguruskan kandungan unik 3D.

Teknologi ini menggunakan unit projektor yang tinggi bagi membolehkan video 3D dapat ditayangkan di udara sebagai hologram.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.