TENAGA Nasional Berhad (TNB) menambah lebih 17,000 premis bagi pembayaran bil elektrik melalui e-Pay dan lebih 2,000 kedai 7 Eleven di seluruh negara.

Pengurus Besan Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian, Ir Kamaliah Abdul Kadir berkata, saluran pembayaran bil elektrik itu membantu orang ramai.

“Penambahan saluran pembayaran TNB ini adalah usaha berterusan dan perkhidmatan yang memberi nilai tambah kepada pelanggan.

“Pembayaran bil TNB juga boleh dibuat pada bila-bila masa di kedai, 7 Eleven yang berhampiran,” katanya.

Menurutnya, bil juga boleh dijelaskan di Pos Malaysia, premis bank terpilih, perbankan internet.stesen Petronas yang menggunakan sistem e-Pay, malah kedai runcit dan pasar raya besar terpilih.

TNB turut menawarkan peluang memenangi rebat tunai untuk bil elektrik RM50 kepada mereka yang menggunakan e-Pay sehingga 9 September 2017.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TENAGA Nasional Berhad (TNB) berhasrat mengambil langkah lebih aktif bagi mendukung sasaran penjanaan RE Malaysia bersandarkan daya saing dan keupayaannya di dalam dan luar negara.
  • TENAGA Nasional Bhd (TNB) dijadual memulakan pembinaan projek Solar Skala Besar pertamanya di tapak seluas 97 hektar di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor pada bulan depan.
  • TENAGA Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES) hari ini menandatangani satu perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi kerjasama khusus dalam bidang Kecekapan Tenaga (EE) dan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE).
  • PEMBINAAN loji tenaga Jimah East Power (JEP) bernilai RM12 bilion di Jimah, Port Dickson berjalan lancar dan dijangka siap seperti dijadualkan pada Disember 2019.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.