SYARIKAT pengeluar komponen automotif dan industri antarabangsa, SKF melabur RM22 juta bagi menaiktaraf dan menambah mesin pembuatan di kilang miliknya di Nilai bagi memenuhi peningkatan permintaan di rantau ini.

Pengarah Urusan SKF Malaysia, Anders Fogelberg, berkata, pelaburan tersebut bertujuan bagi menambah 18 mesin pembuatan dan menaiktaraf 240 mesin sedia.

"Dalam masa sama, menerusi pelaburan yang sama,  turut merangkumi dua produk yang terbaharu  iaitu 'spherical roller bearings' (SRB) dan 'spherical roller thrust bearings'.

"Rangkaian produk terbaharu itu direka bagi memenuhi keperluan industri pemprosesan minyak sawit di Malaysia dan Asia Tenggara," katanya pada Majlis Pelancaran 'Palm Oil Bearings', di Nilai, hari ini. 

Pelancaran tersebut telah dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Hadir sama, Duta Sweden ke Malaysia, Dag Juhlin- Dannfelt dan Pegawai Eksekutif Kumpulan SKF, Alrik Danielson.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • INITIATE Global Resources Sdn Bhd (Initiate Global), pengeluar fesyen wanita jenama Querenda memperluaskan rangkaian perniagaan dengan memperkenalkan konsep jualan baharu menggunakan mesin layan diri (vending machine) dikenali Querenda Hijab On The Go bagi menjual tudung keluarannya.
  • KEBIASAANNYA, peniaga berskala kecil termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mengusahakan perniagaan membuat sos char kuey teow akan menyediakan bahan, membancuh dan memasak sendiri produk yang dihasilkan, menggunakan kaedah konvensional.
  • BERMULA secara kecil-kecilan, syarikat Kurnia Al Rizq ditubuhkan Mohamed Azam Omar sekitar 2011 di kawasan rumahnya sendiri. Ketika itu, Mohamed Azam hanya mengeluarkan modal sebanyak RM2,000 sahaja.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.