Takaful Ikhlas raih dua anugerah antarabangsa
$entry.content.caption.value

SHAH ALAM - Jenama Takaful Ikhlas sekali lagi menerima pengiktirafan yang berprestij dengan dua penganugerahan antarabangsa iaitu anugerah Penyedia Takaful Terbaik daripada Berita Kewangan Islam dan Majalah Kewangan Islam Euromoney baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, anugerah yang diterima daripada Berita Kewangan Islam adalah pengiktirafan buat kali keempat berturut-turut sejak 2008. Anugerah yang dimiliki itu adalah hasil daripada undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam.

Pengiktirafan sebagai Anugerah Penyedia Takaful Terbaik daripada Majalah Kewangan Islam Euromoney pula diraih buat kali kedua selepas 2010.

“Kami amat berbangga malah teruja mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam persekitaran persaingan industri yang boleh dianggap sangat mencabar ketika ini. Anugerah dan pengiktirafan itu menunjukkan produk Takaful Ikhlas telah mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Datuk Syed Moheeb  Syed Kamarulzaman.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.