TAHUN ini menyaksikan kerjasama Sugarbelle Cosmetic bersama lima juru solek terkenal Malaysia bagi menghasilkan gincu jenis lip cream dalam pelbagai variasi warna bagi memenuhi permintaan wanita di negara ini.

Pengasasnya, Sharifah Nabilla Al-Yahya berkata, kerjasama itu melibatkan peruntukan sehingga RM300,000 bagi menghasilkan produk yang benar-benar berkualiti serta memenuhi cita rasa ramai.

Katanya, kali ini Sugarbelle Cosmetic menampilkan gincu dalam variasi warna-warna neutral dan merah jambu, yang dilihat menjadi trend solekan wanita masa kini.  

"Setiap mereka menghasilkan dua jenis gincu yang diilhamkan sendiri," katanya.

Menurutnya, tempoh  menghasilkan produk ini  mengambil masa selama setahun kerana pihaknya perlu mengikut kehendak dan acuan kelima-lima juru solek tersebut dalam mendapatkan hasil terbaik.

"Formulasi lip cream ini direka khas untuk beri kesan matte dan lembap agar selesa digunakan untuk apa sahaja acara.

"Kandungan minyak kelapa, zaitun dan bunga matahari bersama kolagen marin dan Vitamin E dapat menghindarkan bibir daripada kekeringan," katanya.

Menurutnya, selain atas talian, produk Sugarbelle Cosmetic juga boleh didapati di Guardian dan bakal memasuki Pasaraya Aeon.

"Sugarbelle Cosmetic mementingkan kualiti. Setiap produk yang dihasilkan bebas bahan kimia serta dapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGELUAR produk kecantikan dan kesihatan, Phyto Science Sdn Bhd (Phyto Science) optimis produk terbarunya, Crystal Cell mampu menyumbang kepada peningkatan jualan produknya pada tahun ini yang kini menembusi lebih 18 negara.
  • HANMA Holdings Sdn Bhd menerusi jenama Hanma Beauty muncul sebagai peneraju produk kecantikan menerusi khasiat propolis atau ‘bee glue’, sejenis zat dihasilkan oleh lebah yang memberikan manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah.
  • UNTUK menghasilkan produk berkualiti bukan satu perkara mudah bagi sesebuah syarikat yang mengutamakan mutu terhadap produknya.
  • NITA Cosmetics, jenama kosmetik di bawah Dimensi Moda Sdn Bhd (Dimensi Moda), mengetengahkan elemen tradisional dan budaya Malaysia dalam produk kosmetiknya, menerusi pembungkusan unik dan warna dalam koleksinya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.