HANYA 30 hari sahaja lagi menjelangnya MAHA 2018! Kemeriahannya semakin terasa dengan pelbagai aktiviti promosi dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Hari ini, MOA menganjurkan 'Street Attack' di tengah ibu kota Kuala Lumpur bagi mempromosikan  Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa itu.

Penari Artitude mempersembahan tarian zapin fusion sebaik turun dari bas 'hop on hop off'. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Sebuah bas 'hop on hop off' yang berhenti di tiga lokasi berbeza sekitar ibu kota menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara.

Sekumpulan penari Artitude turun dari bas lalu mempersembahan tarian zapin fusion dan moden sambil diiringi penyanyi, Yabang Khalifah dengan lagu rasmi MAHA 2018, Hang Pi Maha.

Faizal memeriahkan suasana dengan celotehnya. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Aktiviti itu dimeriahkan lagi dengan celoteh pengacara yang juga rakan selebriti MAHA 2018, Faizal Ismail yang beramah mesra dengan orang ramai.

Warga kota kelihatan teruja menyaksikan persembahan singkat namun menghiburkan itu, malah ramai yang tidak melepaskan peluang merakam gambar serta video sepanjang aktiviti berlangsung.

Itulah sebahagian daripada warna-warni aktiviti yang bakal memeriahkan lagi MAHA 2018 yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps) bermula 22 November hingga 2 Disember depan.

Orang ramai melihat persembahan yang diadakan pada program 'Street Attack'. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Kenapa ‘Street Attack’? Dengan sasaran 3.5 juta pengunjung kali ini,

Pengarah Sekretariat MAHA 2018, Azman Mohd Saad menyifatkan inilah cara terbaik dan paling berkesan mempromosi  program besar itu kepada orang ramai.

Ini terbukti apabila MOA menggunapakai cara ini sejak tahun 2016 dan ia terbukti berkesan menarik perhatian.

Tahun ini katanya, mereka memilih tiga lokasi utama sebagai destinasi untuk mengajak orang ramai ke MAHA 2018.

Azman yakin ‘Street Attack’ mampu menarik 3.5 juta pengunjung ke MAHA 2018. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR

MOA bakal mengadakan satu lagi aktiviti konvoi bermotosikal ke utara tidak lama lagi untuk tujuan yang sama.

Apa yang menarik di MAHA 2018?

· 501 jenis hidangan menarik bakal disajikan.

· Menghimpunkan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan segar.

· Bakal disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 22 November jam 2 petang.

MAHA 2018, datang jangan tak datang!