STRAITS Inter Logistics Berhad (Straits), syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan pembekalan bahan api kepada kapal, melancarkan identiti jenama korporat baharu bagi mencerminkan hala tuju perniagaannya, Straits - Mengemudi Segala Kemungkinan.

Identiti baharu itu turut melibatkan perubahan nama dan logo syarikat.

Pengarah Eksekutif Straits, Datuk Seri Ho Kam Choy berkata, langkah itu usaha Straits untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat utama dalam logistik marin.

"Ia melibatkan bahagian perkhidmatan premium pembekalan minyak kepada marin dan pengangkut pukal kargo, kapal minyak dan gas, kapal Floating Production Storage and Offloading (FPSO), kapal pesiar serta feri.

"Syarikat kini terbabit dalam perdagangan minyak luar pesisir dan menjangkakan mula perkhidmatan bunker minyak menjelang awal suku keempat tahun 2017 dengan pemilikan dua buah kapal pertamanya," katanya.

Beliau berkata, industri pembekalan minyak untuk kapal di laut sangat berpotensi dan memiliki pasarannya yang tersendiri.

"Straits kini bersedia untuk menguasai pelbagai peluang dalam industri marin yang menjanjikan kadar pertumbuhan mapan," katanya.

Selain perkhidmatan pembekalan minyak untuk kapal di laut, katanya, Straits turut terbabit dalam perdagangan dan pembekalan produk minyak seperti minyak gas marin  (MGO), yang perlu dibekalkan kepada kapal berlabuh di pelabuhan untuk kegunaan sendiri.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :