Standard halal kurang difahami
$entry.content.caption.value

Masih wujud jurang dalam penggunaan serta pemahaman mengenai Standard Halal dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), walaupun industri itu berkembang pesat di peringkat tempatan dan dunia.

Forum Halal Dunia (WHF) dalam satu kenyataan berkata, walaupun kebanyakan syarikat multinasional menyedari potensi industri halal, PKS tempatan masih ketinggalan.

Nilai pasaran produk halal di Malaysia tahun lalu dianggarkan lebih RM30 bilion. Kebimbangan itu disuarakan Pengasas WHF, Jumaatun Azmi, yang turut menyatakan terdapat banyak faktor penyumbang terhadap kekurangan ini, termasuk sumber dan kekurangan modal.

“Peserta besar sudah mula meraih keuntungan daripada potensi hebat dalam pasaran halal global yang semakin meningkat ini. Namun usahawan kecil dan beroperasi dari rumah, mempunyai sumber terhad untuk mematuhi standard halal,” katanya.- Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.