KONSEP perniagaan diperkenalkan sleepsonno.com, telah merevolusikan industri tilam dan peruncitan dalam talian secara keseluruhan.

sleepsonno.com, yang ditubuhkan November tahun lalu berjaya merubah cara pengguna membeli tilam menerusi pakej disediakan dan dihantar terus ke rumah.

Pengasasnya, Fabio Miceli berkata, membeli tilam adalah suatu yang remeh dan memakan masa. Justeru kami melihat ada peluang untuk menjadikan proses itu lebih mudah dengan menukarnya kepada secara dalam talian.

"Bonus tambahan bagi percubaan 100 malam memberikan pelanggan kami masa yang cukup untuk membuat keputusan," katanya.

Jelasnya, pelanggan berpeluang menguji tilam tersebut selama 100 hari sejurus pembelian sebelum `tidur’ bersama Sonno.

Fabio Miceli berkata, Sonno bermaksud tidur dalam bahasa Itali dan produk ini memberikan pengguna sokongan tiada saingan daripada segi kemampatan tilam yang selesa dan tinggi bantal sederhana keras.

"Kombinasi Sonno meliputi lapisan lima bintang yang diperbuat daripada latex asli dan getah berbusa yang membolehkan tilam menyediakan kontur dan menyokong keseluruhan badan.

"Selain itu, Sonno berupaya menghapuskan pergerakan, menyediakan manfaat besar bagi  yang memiliki tabiat tidur berbeza.

" Teknologi Pindahan Pergerakan memastikan jika eorang banyak bergerak semasa tidur, orang sebelahnya tidak akan terganggu,"katanya.