pelancaran bike
$entry.content.caption.value

KUALA LUMPUR - Pengedar basikal jenama Avanti pasaran Malaysia, Brunei dan Indonesia, SMS BikePlus Sdn Bhd yang juga anak syarikat SMS Group Of Companies, menyasarkan jualan 500 unit sebulan dengan perolehan RM500,000 bagi basikal yang baru diperkenalkan.

Pengarahnya, SM Zulfaris Datuk SM Zulkifli, berkata, sasaran tersebut disokong dengan sambutan menggalakkan pelanggan apabila SMS BikePlus membuka jualan dua minggu sebelum pelancaran dengan berjaya menjual 20 buah basikal.

“Dengan pelaburan RM700,000 bagi pembukaan kedai konsep pertama, kami yakin dapat menarik lebih ramai pelanggan dari kawasan persekitaran dan luar datang mengunjungi kedai kami.

“Pelaburan tambahan RM2 juta bagi pembukaan tiga lagi cawangan baru di Terengganu, Pulau Pinang dan Melaka, turut meyakinkan kami agar mencapai sasaran jualan sehingga RM1.5 juta menjelang akhir tahun ini,” katanya, selepas majlis perasmian pembukaan kedai konsep gaya hidup basikal Avanti pertama, BikePlus di Kuala Lumpur, semalam.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.