SME Bank berhasrat tingkat lapan peratus sumbangan pembiayaan PKS
$entry.content.caption.value

KUALA LUMPUR - Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) berhasrat meningkatkan sumbangan pembiayaan bagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan kepada lapan peratus tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, tahun lalu, SME bank telah memberikan RM1.7 bilion pembiayaan kepada 1,700 hingga 2,000 syarikat PKS berbanding RM800 juta pada tahun 2010.

Menurutnya, sejak 2005, SME Bank telah meluluskan kira-kira 7,546 pembiayaan yang berjumlah RM13.6 bilion.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.