SYARIKAT pengeluaran telekung Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah) yang terkemuka di Malaysia, buat pertama kalinya mengadakan jualan penghabisan stok secara besar-besaran yang menawarkan potongan harga dari 15 peratus hingga 40 peratus bermula 2 hingga 8 Oktober ini.

Pengasasnya, Padzilah Enda Sulaiman berkata, jualan penghabisan stok tersebut diadakan bagi menghabiskan stok yang tidak mencapai standard kualiti Siti Khadijah, di mana kebanyakan produk hanya mempunyai sedikit ketidaksempurnaan.

"Antara koleksi yang dibawa adalah Telekung Faatiha Plus, Klasik Signature, Basic Kain, Basic Limited Edition dan pelbagai lagi koleksi Siti Khadijah," katanya.

Padzilah Enda berkata, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang membeli, Siti Khadijah turut menawarkan peraduan cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa Pakej Cruise Penyucian Jiwa bernilai RM7,000 untuk dua orang.

“Untuk menyertai pertandingan tersebut, pelanggan perlu melakukan FB Live di Facebook atau Insta Story semasa berada di Centre Court Alamanda Putrajaya untuk dapatkan tambahan diskaun RM20 dan tertakluk kepada terma dan syarat," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SITI Khadijah Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah) pemilik telekung berjenama Siti Khadijah akan terlibat perniagaan francais dan menyasarkan 50 cawangan dalam masa dua tahun seluruh negara.
  • SYARIKAT telekung terkenal, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (SK) telah ditubuhkan pada 2009 dengan hanya memasarkan 200 pasang telekung pada peringkat permulaannya.