SIME Darby Bhd hari ini mengumumkan ahli baharu lembaga pengarah dan pengurusan kanan Sime Darby Plantation Bhd dan Sime Darby Property Bhd.

Dalam kenyataan hari ini, Sime Darby berkata, ahli lembaga pengarah kedua-dua syarikat itu terdiri daripada individu yang dipilih dan dilantik berdasarkan pengalaman industri, kebolehan dan integriti dengan sebahagian berkhidmat di Sime Darby dalam pelbagai kapasiti.

Begitu juga, pengurus kanan dilantik selepas mengambil kira pelbagai keperluan kedua-dua syarikat itu, katanya.

Pengerusi, Tan Sri Abdul Ghani Othman, berkata ahli baharu kedua-dua lembaga pengarah dan pengurusan kanan mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk menerajui perniagaan dalam tempoh mencabar ini dan yakin untuk mengembangkan syarikat kepada entiti yang lebih kukuh.

"Pengumuman ahli lembaga pengarah tambahan bagi kedua-dua syarikat akan dibuat tidak lama lagi," katanya.

Kumpulan itu berkata ia melantik Abdul Ghani sebagai Pengerusi Sime Darby Plantation dan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai Pengerusi Timbalan Eksekutif/Pengarah Urusan.

Pengarah lain termasuklah Datuk Mohamad Nasir Ab Latif,  Datuk Mohd Nizam Zainordin, Zainal Abidin Jamal, Tan Sri Dr Yusof Basiran,  Datuk Zaiton Mohd Hassan, Muhammad Lutfi,  Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar dan Tan Ting Min, katanya.

Pengurusan kanan adalah Datuk Franki Anthony Dass (Ketua Penasihat dan Pegawai Nilai), Renaka Ramachandran (Ketua Pegawai Kewangan),  Mohamad Helmy Othman Basha (Ketua Pegawai Operasi (COO) – Huluan), Mohd Haris Mohd Arshad (COO - Hiliran), Dr Simon Lord (Ketua Pegawai Kelestarian) dan Dr Harikrishna Kulaveerasingam (Ketua, Penyelidikan dan Pembangunan), katanya.

Bagi Sime Darby Property, kumpulan itu berkata, ia melantik Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi, Datuk Sri Amrin Awaluddin (Pengarah Urusan) dan Datuk Tong Poh Keow (Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan).

Pengarah lain yang dilantik adalah Datuk Rohana Tan Sri Mahmood, Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Datuk Johan Ariffin,  Datuk Jaganath Derek Steven Sabapathy,  Datuk Dr Mohd Daud Bakar,  Datuk Seri Ahmad Johan Mohammad Raslan dan Datin Nor Azah Mohamed Razali, katanya.

Bagi pengurusan kanan, kumpulan itu berkata, Datuk Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri dilantik sebagai Ketua Operasi/Pegawai Transformasi dan Dr Tan Kok Heng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Real Estate Management dan Ketua Pelaburan Hartanah.

Pengurusan kanan lain termasuklah Zaharudin Sa’at (Pengurus Besar Kanan, Pembangunan Perbandaran), Chong Chee On (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Pembangunan) dan Clare Louise Kenny Tipton (Ketua Pemasaran dan Pegawai Jualan). - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.