SHELL Malaysia mengiktiraf pemimpin dan kontraktor perniagaannya untuk kepimpinan keselamatan tertinggi mereka menerusi Anugerah Keselamatan Malaysia Shell yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lebih 200 tetamu terdiri daripada rakan niaga dan kontraktor Shell menghadiri anugerah tersebut untuk menghargai dan mengenali pemimpin keselamatan lain di dalam industri.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata, anugerah ini telah memasuki tahun kelima dan ia adalah pencapaian membanggakan.

Anugerah Keselamatan Malaysia Shell dianugerahkan kepada rakan niaga dan kontraktor setiap tahun bagi membudaya keselamatan terpuji dan prestasi keselamatan yang menjadi teladan.

Anugerah ini disampaikan kepada pemenang di bawah tiga kategori perniagaan iaitu, 'Hulu', 'Hiliran', dan 'Korporat'.

Anugerah merit khas juga dibentangkan di bawah kategori 'Kesihatan, 'Peningkatan' dan 'Alam Sekitar'.

Majlis turut dihadiri, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Ir Omar Mat Piah.