SYARIKAT Malaysia menjana RM126 juta nilai potensi jualan pada pameran perdagangan Semicon West di San Francisco, Amerika Syarikat, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Dalam satu kenyataan hari ini, Matrade berkata, produk separa konduktor buatan Malaysia diterima baik di pameran berkenaan yang berlangsung pada 11 hingga 13 Julai 2017.

“Enam syarikat terlibat dalam pameran perdagangan berkenaan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada rakan niaga yang antaranya dari AS, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda,” katanya.

Menurut Matrade, acara tersebut mempamerkan produk seperti kabel, kejuruteraan komunikasi, teknologi komputer dan komunikasi, komunikasi data, komponen elektrik dan aksesori serta kejuruteraan elektronik.

"Produk dan perkhidmatan utama Malaysia yang diperoleh pada pameran itu ialah perkhidmatan pembuatan kontrak pengeluar peralatan tulen, reka bentuk dan pemasangan serta fabrikasi bahagian dan komponen.

"Yang lain adalah sub-sistem atau komponen, kawalan atau kemudahan kilang, perisian, produk sokongan dan elektronik pengguna atau paparan," katanya.

Ia berkata, tahun ini merupakan tahun kesembilan penyertaan Malaysia dalam acara yang terkenal ini dan semasa pameran itu, agensi itu telah menganjurkan sesi jualan untuk syarikat-syarikat tersebut. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) merupakan agensi bagi mempromosi eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia ke luar negara.
  • SEMBILAN syarikat tempatan yang menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Label Persendirian Dunia (PLMA) 2017 menjana potensi jualan RM96.58 juta, meningkat 43 peratus berbanding RM67.63 juta yang dijana 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS), tahun lalu.
  • PROSPEK industri perabot Malaysia dijangka positif dengan pertumbuhan permintaan kekal stabil daripada negara-negara membangun (pasaran tradisional) dan juga permintaan yang semakin meningkat daripada pasaran-pasaran baharu.
  • PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 10 peratus dalam Minggu Fesyen Malaysia 2016 (MFW 2016), daripada RM127.52 juta, yang dicatatkan pada edisi tahun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.