SCHOOL Places, pasaran atas talian pertama Australia untuk sekolah swasta telah menembusi pasaran Malaysia dengan sokongan OSK Technology Ventures selaku pelabur utama untuk memudahkan pencarian sekolah swasta.

Ketua Pegawai Eksekutif School Places, Natalie Mactier berkata, pasaran tersebut membantu ibu bapa Malaysia serta keluarga luar negara mencari pilihan sekolah swasta dan antarabangsa untuk anak-anak mereka di Malaysia atau untuk keluarga yang berpindah ke Australia.

“Dengan kemunculan pasaran ini ke Malaysia, School Places turut menyenaraikan kekosongan di sekolah swasta dan sekolah antarabangsa Malaysia di dalam inventori kami.

"Selain, kemasukan ke Malaysia merupakan bukti kerja keras pasukan kami dan sokongan pelabur kami untuk membawa jenama ini ke luar negara setelah hanya tiga tahun dilancarkan," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif OSK Ventures International Berhad, Patrick Yee Chee Wai berkata, pihaknya mengambil pendekatan berhati-hati dalam memilih pelaburan dan menjalankan usaha yang teliti sebelum melabur dalam School Places. 

“Kami percaya School Places akan memberi manfaat kepada sekolah dan ibu bapa Malaysia serta akan menaik taraf penempatan sekolah sedia ada di pasaran tempatan,” katanya.