SCHNEIDER Electric, pakar global dalam Transformasi Digital Pengurusan Tenaga dan Automasi di Rumah, Bangunan, Pusat Data, Infrastruktur dan Industri, baru-baru ini mengadakan Pertandingan Karya Terkecil Dunia sempena pelancaran siri pertama AvatarOn.

Chio Pei Leng dari Pusat Seni dan Rekabentuk INTI muncul sebagai juara dalam kategori Bukan Profesional dan membawa pulang RM3,000 manakala Foo May Yee yang juga dari Pusat Seni dan Rekabentuk INTI dan Yap Pei Feng dari Sekolah Menengah, SMK (P) Jalan Ipoh yang berada di tempat kedua dan ketiga membawa RM2,000 dan RM800 setiap seorang.

Kategori Profesional menyaksikan juara Mohamed Shahril dari Shahril Faisal Design Studio memenangi RM10,000 manakala Teh Boon Soon dan Pearly Lim Pei Li dari Boon Soon Architect memenangi RM5,000 dan RM2,000 untuk tempat kedua dan ketiga.

Naib Presiden Perniagaan Runcit Schneider Electric Malaysia, Francis Heng berkata, penyertaan yang diterima pihak Schneider Electric membuktikan rakyat Malaysia memang kreatif.

“Hasil-hasil yang diterima mempamerkan pelbagai kemahiran, teknik dan yang paling penting, imaginasi dan kreativiti. Kami sangat gembira untuk menerima penyertaan-penyertaan kreatif dan tenaga pelajar dan profesional yang berbakat dan kami gembira kerana dapat menyediakan platform ini untuk memupuk bakat.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan pemenang untuk sokongan mereka. Schneider Electric berharap untuk meneruskan usaha ini sebagai komitmen kami untuk mengembangkan dan memupuk bakat-bakat tempatan dan kami berharap untuk menerima sokongan orang ramai untuk sebarang aktiviti pada masa hadapan,” jelas Francis.

Sementara itu, pemenang tempat pertama kategori Bukan Profesional, Chio Pei Leng meluahkan kegembiraannya selepas berjaya memenangi hadiah wang tunai dan karya seninya dipamerkan bersama koleksi AvatarOn.

“Seni memang kegemaran saya dan selalunya saya melukis untuk tenang pada ketika saya perlu untuk berfikir. Saya sangat gembira kerana karya saya dipilih sebagai pemenang dan ia membuatkan saya yakin dengan kemahiran melukis saya. Saya mengucapkan terima kasih untuk peluang ini dan pengiktirafan yang diberikan pihak Schneider Electric,” kata Pei Leng.

Peraduan Karya Terkecil Dunia yang berlangsung bermula 1 Mac hingga 30 April lepas menerima 1,074 penyertaan dari seluruh negara dan peserta diminta untuk menghantar reka bentuk kreatif pada kanvas bersaiz 85mm X 85mm yang bersamaan dengan saiz selongsong suis AvatarOn.

Penilaian akhir diadakan pada 6 Julai lalu bersempena dengan Pameran Rekabentuk dan Bangunan Dalaman (ARCHIDEX) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di mana 10 karya yang disenarai pendek dipamerkan dan dinilai secara langsung di gerai Schneider Electric.

Maklumat lanjung mengenai pertandingan tersebut boleh didapati di  www.schneider-electric.com.my/avataron.