$entry.content.caption.value
Penerimaan baik terhadap produk minyak wangian sunah terapi al-Quran keluaran Kasturi Syifa’ membuatkan panel perawatnya optimis peningkatan pengeluaran tahun ini mencecah 5,000 botol.
Panel perawat, Mohd Hafiz Ahmad berkata, tahun lalu, purata pengeluaran bagi minyak wangi itu mencecah antara 2,000 hingga 3,000 untuk dibekalkan kepada lebih 150 ejen dan 55 stokis yang dilantik.
Menurutnya, antara stokis dilantik melibatkan seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura serta pembukaannya bergantung kepada kelompok penduduk setempat dengan mengehadkan hanya satu stokis di satu-satu kawasan.
“Tidak hanya tertumpu kepada minyak wangian, kami juga turut mengeluarkan produk madu syifa’ yang dijual pada harga RM48.90 bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak RM52.90.
“Pengeluaran bagi madu agak rendah jika dibandingkan minyak wangi berikutan masih baru di pasaran dan hanya mencecah 500 botol,” katanya kepada Sinar Harian.
Panel perawat, Mohd Aznil Zulkifli berkata, minyak wangian sunah terapi al-Quran itu telah dibacakan 30 juzuk ayat al-Quran, ayat-ayat Syifa’ dan ruqyah dan memberi manfaat untuk kegunaan harian.
Menurutnya, begitu juga dengan madu Syifa’, pemprosesannya sama seperti minyak wangi sunnah terapi al-Quran. Ia boleh dimanfaatkan untuk penyembuhan dalaman dan sebagai tambahan ‘tenaga’.
“Minyak wangi dan madu menjadi produk utama kami manakala yang lain hanya rangkaian produk. Pengguna boleh mendapatkan semua produk kami melalui ejen dan stokis yang dilantik,” katanya.
Selari dengan slogan, Satu ikhtiar perubatan Islam, Kasturi Syifa’ dalam usaha mengembangkan lagi rangkaian penawar.





