RINGGIT rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan hari ini berikutan permintaan lebih baik, memandangkan minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan AS memberi petunjuk kemungkinan kos pinjaman lebih tinggi.

Pada 9.21 pagi, unit tempatan berada pada 4.1530/1590 berbanding dolar AS daripada 4.1490/1530 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata, minit mesyuarat itu menunjukkan anggota lembaga Rizab Persekutuan AS bersetuju bahawa kos pinjaman perlu dinaikkan lagi, sekali gus meningkatkan indeks dolar AS dan hasil perbendaharaan kepada paras tertinggi dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0123/0170 daripada 3.0177/0212 ketika ditutup semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.6860/6923 daripada 3.6965/7011.

Unit tempatan stabil berbanding euro kepada 4.7743/7824 daripada 4.7987/8046 semalam dan kukuh berbanding pound Britain kepada 5.4375/4458 daripada 5.4522/4591. - Bernama