KUALA LUMPUR -- Ringgit dijangka diniagakan antara 3.05 dan 3.10 berbanding dolar AS dalam dagangan berhati-hati minggu depan, kata para peniaga.

Para peserta dijangka kekal tidak memasuki pasaran berikutan kebimbangan terhadap rundingan hutang Greece.

"Mereka berehat seketika daripada rali," kata seorang peniaga sambil menambah Euro dijangka terus turun justeru itu peningkatan bagi dolar AS yang akan secara tidak langsung mempengaruhi prestasi unit tempatan.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit dibuka tinggi pada Rabu, selepas cuti panjang sempena sambutan Maulidur Rasul pada Isnin dan perayaan Thaipusam pada Seasa, dan diniagakan dalam jajaran kecil.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit turun berbanding dolar AS kepada 3.0300/0335, daripada 3.0120/0150, Jumaat lepas.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.4136/4177 daripada 2.4181/4215 sebelumnya, dan naik berbanding yen kepada 3.9051/9112 daripada 3.9522/9577 minggu lepas.

Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding pound British kepada 4.7904/7969 daripada 4.7674/7730 pada Jumaat minggu sebelumnya dan turun berbanding euro kepada 4.0211/0267 berbanding 3.9632/9677, sebelumnya.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.